Oksigen menurun doakan Siti Sarah dan anak dalam kandungan

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Shuib menerusi hantaran terbaharu di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.
“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan, Sarah kelihatan tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.
Terdahulu, penyanyi dan usahawan popular, Siti Sarah mendedahkan dia dan suami yang juga pelawak Shuib serta anak-anaknya disahkan positif C0v1d-19.
Siti Sarah berkata, dia menerima ketentuan Ilahi dengan hati terbuka dan berlapang dada.
Menurut Siti Sarah, dia menganggap apa yang berlaku sebagai satu hikmah dan mahu kekal positif.
“Saya nak jelaskan untuk elak salah faham, urusan perniagaan dan perkara lain berjalan seperti biasa. Pihak admin akan muat naik di Instagram ini bagi pihak saya.
“Saya dan keluarga nak kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah. Doakan saya dan keluarga segera sembuh,” katanya.
Semalam, Siti Sarah memaklumkan pembantu rumah mereka disahkan positif wab4k berj4ngkit itu dan mereka sekeluarga menjalani ujian calitan di rumah.
Siti Sarah berkahwin dengan pelawak dan ahli perniagaan, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 37, pada 26 Februari 2011.
Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. Malah, Siti Sarah kini hamil anak keempat.
Sumber: Metro