Hiburan

Nama ‘Sejadah D0a Makbul’ Jadi Isu, Datuk Seri Vida Nafi Guna Ag4ma Untuk Pemasaran – “Saya Anggap Mereka N4if”

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, 50, menafikan dakwaan segelintir netizen yang mend4kwa dia sengaja memilih nama ‘Sejadah Doa Makbul’ demi salah satu cara pemasaran.

Cuma inspirasi

Menerusi perbualan Whatsapp kepada OHBULAN!, Vida menegaskan langsung tidak timbul niat untuk menggunakan agama dalam melariskan jualan.

Sejadah Hajat Tercapai Doa Makbul itu inspirasi dari tempat Muktazam. Antara tempat doa cepat makbul. Saya rindu Tanah Haram Mekah.. rindu Kaabah. Rindu nak pergi sana. Rindu nak berdoa di tempat yang dijanjikan Allah doa cepat makbul.

Tak wujud langsung niat sebegitu melainkan bila solat dan berdoa atas sejadah ini seolah bayangan tempat makbul doa tu. Kata-kata pun adalah doa. Makin kerap berdoa, insya-Allah akan termakbul doa kita.

“Netizen main cakap lepas ja”

 

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Hasmiza Othman mengakui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang makin hari makin melampau.

Saya terasa. Mereka main cakap lepas ja..tak fikir apa maksud saya. Tapi belum la sampai tahap nak ambil tindakan undang-undang. Saya anggap mereka naif.

Sebelum ini, ada pengguna Twitter yang menggunakan nama @H_Bakkaniy mempersoalkan dan mempertikaikan tindakan Vida.

 

Sumber: Instagram @datoserivida, Twitter @H_Bakkaniy

Kredit: ohbulan

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *