Hiburan

“Siapa Layak Nak Ganti Dr. Noor Hisham?”- Datuk Ayu Puteh ‘S0und’ Lana Nodin

Membidas kenyataan pelakon Lana Nodin, penerbit Datuk Ayu Puteh menggambarkan tindakan pelakon ini memburukkan lagi keadaan semasa negara.

Tiada Yang Layak Daripada Dr. Noor Hisham

Dedah Datuk Ayu, Dr. Noor Hisham merupakan individu yang sesuai pada ketika ini untuk menyelamatkan negara. Ujarnya, Dr. Noor Hisham telah bertungkus lumus sejak awal p4ndemik sehingga sekarang bagi membendung penul4rN w4bak C0V1D-19 tersebut.

 

 

“Kalau kau suruh Dr. Noor Hisham letak jawatan, siapa lagi yang layak nak gantikan dia? Dr ni la yang jatuh bangun dengan kita semua”, tulisnya dalam ruangan komen Instagram Mstar.

 

Tambah penerbit ini, dia meminta Lana dan orang ramai untuk mengkaji semula dari mana datangnya dan punca penyakit berb4haya ini. Malah dia juga berkata Dr. Noor Hisham telah bekerja keras bagi membendung wab4k ini berbanding dengan sesetengah individu yang sepatutnya di Malaysia.

 

“Semua Fikir Hal Masing-Masing”

Pada masa yang sama, Datuk Ayu juga mendedahkan segelintir individu tidak pernah menghiraukan keadaan orang lain melainkan diri mereka sendiri. Mereka hanya memikirkan diri sendiri dan terus menyalahkan orang lain.

 

“Politik kerajaan inilah yang dah buat negara kita lagi huru hara. Semua kat kepala Dr. Hisham ni dengan PDRM. Bila jadi pasal pun puak 2 ni ja kena hent4m. Tolonglah  Dik Lana.”

Tambahnya lagi, Datuk Ayu meminta Lana Nodin untuk tidak menyuarakan pendapatnya bagi meminta Dr. Noor Hisham meletakkan jawatan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengetahui dan menyelidik perkara sebenar.

Hormati Dua ‘Puak’ Ini 

Penerbit filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD), Datuk Ayu Puteh meminta orang ramai untuk menghormati kerja Dr. Noor Hisham dan anggota PDRM dalam menjalankan tugas mereka. Akuinya, kedua-dua pihak ini adalah manusia biasa yang menjalankan tugas sebagai penjawat awam.

 

“Hormati la Dr. Hisham ni. Semua tahu dia pun all out nak selesaikan C0V1D ini”, dedahnya.

Datuk Ayu juga berkata video pendek yang tular memaparkan beberapa pekerja tidak memakai topeng muka ketika menjalankan kerja itu tidak berkait dengan Dr. Noor Hisham. Tambahnya, ketua dia tempat berkenaan yang perlu memainkan peranan bagi mengawasi pekerjanya.

“Yang Dr dan PDRM semua ni jaga adalah manusia. Dan bukan semua nak dengar kata. Banyak juga yang sakai tak faham bahasa! Yang video yang Lana tunjuk yang kira stok m4y4t tu pun sakai mamat tu. Ketua tempat tu yang kena main peranan. Bukan Dr. Hisham.

Please la just doakan dia dan team dia still strong”, minta Datuk Ayu.

Sumber: murai. my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *