Hiburan

“Nama Saya Tiada Dalam KKM Sebab…”- Dr Erin Jelas Mana Dapat Gelaran Doktor

Bek4s isteri pendakwah popular Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin akhirnya menjelaskan gelaran doktor yang diterima.

Menurut Dr. Erin gelaran doktor yang sering dipertikaikan oleh ramai orang itu didapati dari Hollis Wellnes Center dan oleh kerana itu Namanya tiada dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Drholis Wellness Center nama pusat rawatan yang mengabungkan semua jenis perubatan secara holistic sebab tu nama dia @drholisw. Ia menyediakan rawatan chiropractic, physiotherapy, naturopathy, homeopathy, hypnotherapy, spiritual energy, electronic medication serta rawatan perubatan islam..

“Nak cerita semua panjang kaji-kaji la selidik-selidiklah..Jika nak cakap nama saya tiada dalam KKM memang tiada sebab saya tak berkeje dengan KKM dan daftar bawah MMC (Malaysian Medical Council) sebab bukan bidang saya.

“Saya bawah department TCM (Traditional Chinese Medicine), di hospital KKM hanya beberapa hospital je ada TCM department tu pun Chinese Accupanture, Ayurveda dan Darul Syifa..,” jelasnya.

 

Dr. Erin menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam masa yang sama, Dr. Erin turut mempertikaikan sistem perubatan Malaysia yang dikatakan masih ketinggalan berbanding negara lain.

“Pendek kata pendedahan dan penerimaan sistem perubatan Malaysia masih belum meluas dan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara maju di luar sana yang kebanyakannya dah beralih kepada kaedah holistic medicine.

“Di negara-negara luar sistem penjagaan kesihatan mereka sudah beralih ke arah ketidakbergantungan kepada ubat-ubatan kimia lagi kerana mereka percaya tubuh badan kita mempunyai sifat self-healing.

“Tapi tidak bermakna kita harus menolak terus conventional medicine sedia ada kerana sistem perubatan adalah satu rangkaian yang sepatutnya melibatkan seorang doctor medical, ahli biochemical, ahli bioengineering dan juga alternative practitioners yang mana masing-masing mempunyai kepakaran yang tersendiri dan mempunyai satu matlamat utama iaitu “menyelamatkan nyawa manusia semampunya,” beritahunya.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *