Hiburan

“Alhamdulillah My Team Dah Sampai Sana” – Alha Alfa K0ngsi Berita Gembira

Tular di media sosial usahawan kosmetik terkenal tanah air Dato Alha Alfa baru ini, telah memuatnaik hantaran di Instagram dengan menyatakan bahawa pasukannya telah pun berjumpa dengan warga emas yang sedang hangat diperkatakan netizen itu.

Alha Alfa Luah Rasa Syukur Pasukan Bertemu Pakcik Abdul Hadi

Dato Alha Alfa meluahkan rasa gembira akhirnya pasukannya dapat bertemu juga dengan pakcik Abdul Hadi, warga emas yang mendapat perhatian ramai ketika ini kerana dimalukan oleh usahawan tempatan baru ini.

“Alhamdulillah pasukan saya (my team) dah sampai sana, syukur dipermudahkan urusan. InshaAllah yang baik-baik saja. Nanti saya menyusul, maaf tak dapat ikut serta (join) sebab ada tugas yang harus saya jalankan. Insha Allah nanti kita ketemu.” Luahnya

Walaupun usahawan ini tidak dapat bertemu secara bersemuka dengan warga emas ini kerana kekangan tugas, tetapi dirinya berharap dapat berjumpa jua dengan pakcik Abdul Hadi ini nanti.

Rakan Artis Bangga Dengan Alha Alfa

Usaha usahawan kosmetik ini mendapat sokongan positif rakan artis seperti pelakon Fasha Sandha, Diana Danielle, Mustaqim Bahadon dan Sherry Ibrahim.

 

Saya bangga dengan kamu” luah Fasha Sandha

“Sayang kamu untuk ini” luah Diana Danielle

“Bagus !” luah Sherry Ibrahim

“Moga Allah murahkan rezeki saudara & semua orang” luah Mustaqim Bahadon

Dato Alha Alfa Kelu Rasa Dengan Sikap Carl Samsudin

Dalam hantaran Instagram terdahulu, Dato Alha Alfa ada memuatnaik perkongsian bahawa dirinya berasa kelu melihat tingkahlaku usahawan butik itu terhadap warga emas yang baru pertama kali berjumpa telah mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa.

 

“Saya juga j4h1l, tapi saya terkelu, macam mana baru jumpa pakcik itu awak dah nilai (judge) dia mian-main dan menyesal tak masa (time) muda?

ALLAH sedang uji awak. ALLAH bagi kelebihan dekat awak untuk bantu mereka, bukan jatuhkan maruah orang. Awak tak berada di “KASUT” pakcik itu, mana awak tahu dia TAK usaha masa (time) muda dia?

Apa-apa pun semoga urusan pakcik Abdul Hadi ini dipermudahkan dan lebih ramai yang memberi bantuan bukan saja kepada pakcik ini, tetapi kepada warga gelandangan di transit tersebut.

Sumber: murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *