Hiburan

Suami tegur Ain Edruce b0r0s ‘shopping’ barang anak, ekonomi tak menentu – “Kadang-kadang tak perasan beli benda yang sama”

BERTUKAR status kepada seorang ibu pada pertengahan Mei lalu banyak mengubah cara hidup dan corak pemikiran pelakon dan pengacara Ain Edruce.

Menurut Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce, 30, jika dahulu dia lebih mementingkan barangan keperluan diri sendiri namun semua itu ditolak tepi kerana anaknya, Soraya kini menjadi fokus utama.

“Sekarang saya dah ketagih shopping online… semua yang saya beli adalah untuk Soraya. Anak perempuan pula tu, lagi la kita jadi rajin nak cari baju cantik-cantik untuk dia.

“Macam untuk Raya Haji ini pun kami memang dah plan untuk pakai baju sedondon warna maroon, saya hanya beli baju menerusi online sahaja sebab kita masih terikat dengan PKP.

“Sekarang dah rutin untuk saya buka laman web yang jual baju, cekak, kasut dan topi untuk baby. Kadang-kadang tu sampai tak perasan dah pernah beli, tapi beli lagi benda yang sama,” katanya ketika dihubungi mStar.

 

Ain jadi rambang mata tengok baju baby yang dijual secara online.

Ain melahirkan cahaya mata sulungnya pada 19 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.

Bercerita tentang kehidupan sebagai ibu, pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) ini berkata dia tidak mengalami sebarang kesukaran dalam menjaga Soraya memandangkan sudah mempunyai pengalaman menjaga anak buahnya sebelum ini.

“Soraya merupakan anak yang senang dijaga… kalau dia terjaga waktu malam pun sebab nak minum susu, lepas itu dia dah tidur balik.

Sekarang saya dah ketagih shopping online… semua yang saya beli adalah untuk Soraya.

AIN EDRUCE

PELAKON, PENGACARA

“Suami pula memang rajin membantu saya tukar diaper serta pakaikan baju anak. Mula-mula memang dia agak kekok sebab tak ramai anak buah, tapi lama-lama dia dah makin okay dan serasi dengan dunia fatherhood.

“Cuma sekarang suami banyak ingatkan saya agar jangan terlalu membazir shopping online tambahan pula dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa menentu ini,” katanya.

Seperti kebanyakan ibu lain, Ain juga mengakui dia turut paranoid untuk meninggalkan Soraya di bawah jagaan individu yang tidak dikenali.

 

Soraya kini genap berusia dua bulan.

“Saya sebenarnya takut juga nak tinggalkan Soraya dengan orang yang tidak dikenali sekiranya saya dah kembali bekerja nanti.

“Tapi saya dan suami dah ada perancangan, kami akan tinggalkan Soraya dengan neneknya yang memang teringin nak jaga dia tapi dalam masa yang sama kami tak nak bebankan ibu mentua.

“Jadi kami rancang akan upah babysitter untuk tolong nenek Soraya jaga dia nanti. Kiranya Soraya sentiasa ada depan mata nenek dia,” katanya.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 di Magica Hall Quill City, Kuala Lumpur.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *