Hiburan

“Selagi boleh t4ngguk di air yang keruh, tangguklah ustaz oi” – Shahrulezad Mohameddin.

PETALING JAYA: Pengarah sensasi, Shahrulezad Mohameddin tidak bersetuju dengan tindakan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, yang dilihat memberi sokongan terhadap penyanyi rap, Caprice berhubung isu yang berlaku di G4za.

Menerusi entri Facebook, Shahrulezad berkata, tidak dapat dinafikan andai selepas ini warganet hilang rasa hormat terhadap golongan agamawan yang dikatakan mengambil kesempatan meny1ndir sesama sendiri.

 

“Selagi boleh menangguk di air yang keruh, tangguklah ustaz oi. Kalau selepas ini warganet atau golongan lagha keduniaan macam abang ini hilang rasa homat pada institusi agamawan macam korang yang ambil kesempatan meny1ndir sesama sendiri.

“Bagi petunjuk yang jelas. Jadi jangan salahkan kami ya, dah kalau perangai-perangai sejenis ini juga dihidangkan pada kami setiap hari. Jadinya, kami baca sambil makan popcorn sahajalah.

“Lepas ini jika abam buat drama fasal perangai korang yang macam ini jangan sentap tau,” coretnya di Facebook.

 

Menerusi facebook milik Firdaus Wong semalam, dia memberikan sokongan terhadap penyanyi tersebut yang dikatakn berselisih faham dan tidak berpuas hati dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mengenai misi kemanusian di G4za.

Kemudian, Firdaus juga menitipkan semangat terhadap Caprice dengan menyatakan dia seorang yang kuat dan tabah untuk menghadapi reaksi semua pihak susulan kenyataan yang dilontarkan. Malah, perkongsian tersebut didakwa ada berbaur sind1ran terhadap seseorang.

“InshaAllah, saya dengan anda. Di dunia kita boleh berlakon tetapi bila jumpa Mungkar dan Nakir, lakonan kita di dunia yang mempersonakan serta memperdayakan manusia akan menjadi penyesalan,” ujarnya.

Terdahulu, Caprice mendedahkan dirinya disekat oleh Ustaz Ebit Lew di Instagram serta sehingga kini masih menjadi persoalan mengenai hal sebenar yang berlaku antara mereka semasa misi kemanusia di G4za.

Sumber: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *