Viral

Sekian lama mengaku namanya Alish, pemuda ini tinggalkan dunia p0ndan selepas berdepan saat cem4s – “Memang nak cuba ada kek4s1h, tapi…”

SETIAP orang mempunyai kisah silam tersendiri. Tidak kiralah besar atau kecil kisah silam itu, apa yang penting kemahuan untuk memperbaiki diri dan tidak mengulanginya lagi.

Ini yang berlaku kepada seorang pemuda yang kini menyedari tindakannya menuk4r dirinya menjadi perempuan adalah satu tindakan yang tidak wajar malah dil4rang agama.

Mengakui segalanya bermula sejak dia kecil, Nik Mohd Amin bersyukur kerana dia tidak terus hanyut dengan dunia penuh d0sa dan cepat sedar akan fitrah dirinya yang dilahirkan sebagai lelaki sejati.

Mesra disapa sebagai Amin, pemuda ini tanpa silu dan secara terbuka menceritakan kisah transformasinya ketika menjadi ‘p0ndan’ ketika dihubungi mStar.

“Saya tak segan nak cerita sebab saya betul-betul dah berhijrah. Sekarang, sudah dua tahun saya tinggalkan ‘dunia’ itu.

“Ada yang kec4m bila muat naik video saya berhijrah di TikTok dan ada juga yang memberi semangat, saya ambill yang baik sahaja.

“Cukuplah dengan d0sa yang saya lakukan, tak sanggup lagi nak hidup dalam keadaan macam tu,” cerita pemuda yang berusia 22 tahun ini.

Menurut Amin yang berasal dari Tumpat, Kelantan, naluri untuk menjadi seorang perempuan telah wujud sewaktu dia kecil lagi apabila kakak-kakanya gemar memakaikannya dengan barangan wanita.

Gambar terkini Amin (kiri) dan gambar Amin semasa berpenampilan seperti wanita (kanan).

“Sejak kecil, kakak-kakak saya gemar memakaikan saya dengan pakaian dan aksesori wanita. Masa tu mereka pakaikan saya tudung, alat solek dan baju-baju perempuan. Ketika itu saya terlalu kecil dan tak mengerti apa-apa lagi,

“Bila sudah mula bersekolah, naluri saya untuk menjadi perempuan semakin menebal. Saya dah tak kisah nak pakai baju perempuan walaupun sering dih1na, dipandang ser0ng ketika di sekolah. Lar4ngab keluarga pun saya tak peduli, degil betul saya waktu itu,

“Sampai satu tahap, saya tak malu langsung untuk mengaku diri saya seorang perempuan dan menuk4r nama kepada Alish,” cerita Amin dalam nada kes4l.

Kebal dengan segala c4c1an yang diterima ketika itu, dia tetap memilih untuk berkelakuan seperti wanita dan bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai naluri yang sama sepertinya.

Malah, jejaka ini juga pernah membuat percubaan untuk menuk4r jantina dan menjadi individu tr4nsgender,

“Semasa sekolah menengah saya memang betul-betul tuk4r diri saya kepada wanita. Saya pakai tudung, bersolek, pakai pakaian wanita dan berkelakuan seperti wanita. Saya tidak malu mengaku saya ni tr4nsgender.

 

Amin akan terus menjalankan perniagaannya menjual barangan kosmetik.

“Sampai satu tahap saya ambil p1l h0rm0n dengan niat untuk membesarkan p4yud4ra. Tindakan dr4stij ini pun atas peng4ruh rakan-rakan juga.

“Bila dah ambil pil h0rm0n, p4yud4ra saya semakin membesar dan kulit wajah saya pun bertukar seperti wanita. Saya juga memang ada niat nak oper4te bahagian bawah tapi belum cukup duit ketika itu,

“Namun saya bersyukur kerana Allah jentik hati saya terlebih awal sebelum saya mengambil tindakan yang lebih jauh,” ujar Amin.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *