Hiburan

‘Saya bukan depr3si, tapi ‘naik g1la’ apabila jih4d dic4bar’- Caprice

PETALING JAYA – Penyanyi dan aktivis sensasi, Caprice menepis dakwaan ramai yang menyifatkan dirinya mengalami masalah kesihatan ment4l dan depr3si berikutan pendedahan permasalahan yang dihadapi dengan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) kepada umum.

Caprice menerusi hantaran Instagramnya memberitahu situasi yang dialaminya ketika ini bukanlah berpunca daripada depr3si seperti yang dilabelkan netizen tetapi lebih cenderung kepada kekecewaan kerana usaha jihadnya dig4nggu pihak luar.

“Sekarang pukul tiga pagi (waktu tempatan) dan saya tidak boleh tidur. Ramai cakap saya mengalami depr3si dan kemurvngan sehingga terpaksa mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu.

“Bagi saya, ini bukan isu depr3si tetapi berkaitan dengan usaha jih4d yang sedang dilakukan. Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan ‘naik g1la’ apabila ada yang mula mempertikai dan menc4bar jih4d saya. Semuanya pasti menjadi luar kawalan,” kata pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu.

 

Caprice yang kini berada di Cairo, Mesir menegaskan, dia terpaksa meluahkan kekecewaan memandangkan hubungannya dengan seorang individu yang pernah dihormatinya suatu ketika dahulu kini renggang natijah campur tangan pihak luar.

Malah, dia juga berharap hubungannya dengan UEL akan kembali pulih seperti dahulu.

“Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama dengan perkara yang berlaku di G4za.

“Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan ahli politik. Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia turut mendedahkan pernah mempunyai perancangan bersama UEL untuk melepasi sempadan G4za, P4lestin bersama-sama.

Namun, perancangan tersebut tidak dapat direalisasikan kerana campur tangan pihak lain yang didakwa ahli politik.

“Ketika tiba di Cairo, kami mempunyai perancangan untuk masuk ke G4za bersama-sama tetapi tidak berlaku kerana ada tangan ahli politik yang masuk campur.

“Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan dan jadi bergini kerana terpaksa hadam masalah sekarang seorang diri di sini.

“Kemungkinan besar saya memang tak akan dibenarkan masuk ke G4za kerana ada tangan dari luar yang tak mahu lihat saya masuk,” ujarnya.

 

Terdahulu, dalam sesi siaran langsung semalam, Caprice turut memberitahu dia juga enggan pulang ke tanah air selagi kerajaan tidak bertukar.

“Rakyat Malaysia dianaiya, kita sentiasa berjuang untuk rakyat Malaysia. Tapi saya tak nak balik sebab apa yang saya dapat tahu di tanah suci, saya tidak boleh terima kerajaan hari ini,” katanya.

Susulan sesi Live tersebut, orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan keadaan kesihatan ment4l Caprice yang dilihat tidak terkawal.

Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice menjadi bualan hangat netizen selepas dia mendedahkan situasi yang berlaku di G4za, P4lestin.

Malah, dia turut mendedahkan UEL telah menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan masuk ke G4za sehingga hari ini.

Kosmo! pada 24 Jun lalu melaporkan Caprice terbang seorang diri ke Mesir untuk melaksanakan misi kemanusiaan di G4za yang telah lama diimpikannya.

Sumber:K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *