Hiburan

P4ksa orang tua, berkerusi r0da pun di4ngkut – Rita Rudaini

PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian netizen berhubung hak dan keterbukaan pengambilan v4ksin dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan Rita dalam InstaStorynya, Rita berpendapat bahawa umat Islam pada hari ini sudah menjadi berpuak-puak tentang kepercayaan mereka terhadap v4ksin.

“Sekarang umat Islam dah jadi berpuak-puak. Dalam kelauarga pun dan ada puak. Yang tidak mahu v4ksin digelar antiv4ksin oleh yang vaksin (penerima v4ksin). Kenapa?” Ujarnya.

Kata pelakon filem Mami Jarum itu lagi, dia berpendapat bahawa golongan yang enggan menerima sunt1kan v4ksin tidak semestinya mereka harus digelar 4ntiv4ksin memandang keputusan tersebut merupakan hak masing-masing.

“Yang tidak div4ksin tidak semestinya dia 4ntiv4ksin. Hak masing-masing. Hebat permainan dunia memecah belahkan manusia dengan benda (v4ksin) ini sahaja.

“Yang nak v4ksin, v4ksinlah. Kenapa nak ada p4ksaan? Apa agenda?,” soal Rita.

Menerusi hantaran berbeza, Rita turut memberi kenyataan seolah-olah tidak berpuas hati apabila ada dalam kalangan warga emas turut dip4ksa untuk menerima sunt1kan v4ksin.

“P4ksa orang-orang tua v4ksin. Ada yang duduk di atas kerusi roda pun diangkut (dibawa) untuk div4ksin. Kenapa?

“Mereka dah tua nak berjalan pun tak boleh. Jadi mereka div4ksin sebab nak pergi mana? Paris? Milan?” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, Rita malah mempersoalkan tindakan anak-anak apabila menyuruh ibu bapa mereka yang telah uzur untuk div4ksin dan menyifatkan mereka seolah-olah tidak mempunyai otak.

“Kalau nak cucuk (untuk diri sendiri), cucvklah. Tak perlu nak risikokan ibu bapa kamu. Kalau boleh pergi bercuti pun kamu nak bawa mereka ke?” tulis Rita.

 

Sebelum ini, nama Rita menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.

Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan v4ksin C0v1d-19.

Malah, Rita Rudaini juga pernah bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang 4ktiv4ksin dan kerap menyebarkan daky4h berkaitan perkara berkenaan. 

Sumber: utusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *