Viral

“Saya tahu miskin, tapi jangan sampai mengh1na”

PETALING JAYA – “Kenapa somb0ng sangat, jangan sampai mengh1na. Susah orang tidak sama,” antara kata-kata orang ramai mengenai satu hantaran di Facebook berkenaan satu tangkap layar dari aplikasi WhatsApp yang tular ketika ini.

Perkongsian yang dibuat di laman Facebook Kerepok Lekor Jeli itu menunjukkan satu tangkap layar perbualan didakwa daripada seorang pelajar dan gurunya setelah menghantar gambar tugasan sekolah.

Kejadian yang tidak dinyatakan lokasi sebenar itu menunjukkan seorang pelajar menghantar gambar tugasan yang diarahkan oleh gurunya menggunakan kertas kosong biasa.

“Kamu tak ada kertas kajang ke. Ingat ini sekolah tadika ke, kenapa tidak jawab semua soalan,” jelas guru tersebut.

Lalu dijawab oleh pelajar tersebut difahamkan bernama Mohd. Razlan,”tiada cikgu, ada yang saya tidak tahu,” ujarnya.

Namun balas guru tersebut dengan perkataan yang kasar dan mengh1na,”kenapa miskin sangat” membuatkan orang ramai tidak berpuas hati dan menyatakan tidak sepatutnya seorang pendidik berkata demikian.

 

“Kenapa perlu kata begitu, sepatutnya seorang cikgu membantu ketika pelajarnya dalam kesusahan,” jelas Wan Azuan.

“Siapa tahu kejadian ni di mana dan siapa yang kongsikan gambar ni. Sila bagitau saya, nak sangat jumpa cikgu dan pelajar ni,” ujar ZquraFezura.

Sumber: Utusan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button