Hiburan

“Terima Kasih Selalu Manjakan B…,” – Nelydia Tunjuk Foto Lama Kakak Sempena Hari Jadi, Ini Reaksi Uqasha Senrose

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Uqasha, adiknya iaitu Nelydia Senrose menitipkan dedikasi istimewa buat pelakon berkenaan.

Berkongsikan foto lama mereka berdua yang pastinya menggamit memori, Nelydia menerusi ruangan kapsyen di Instagram mendedahkan dia bertuah kerana mempunyai kakak sebaik Uqasha.

 

“Happy birthday Usha! So many memories we have made together and I cherish every moment I get to spend with you! You’re the best sister anyone could ever have, greatest friend anyone could ever ask for.

“I am beyond lucky to have you as my sister, thank you selalu manjakan b walaupun I know kadang2 sha menyampah nak layankan hahaha.

But sorry you’re stuck with me forever. May Allah protect you always and shower His blessings dunia akhirat. Love you so much Sha! Banyak lagi nak cakap tapi panjang sgt nanti, wait for my message ok.

“Btw if u wanna see how my sister looked like 19 years ago, make sure u swipe most left!,” tulisnya.

Hantaran yang setakat ini menerima lebih 60,000 tanda suka turut dihujani dengan ucapan selamat hari jadi buat kekasih hati aktor Kamal Adli itu.

 

Malah Uqasha juga dilihat turut memberikan reaksi terhadap entri berkenaan.

 

“Hahaha B, pic last tu kan baru kena marah dengan mama. Hahaha i love you B so much,” respon Uqasha sambil disusuli emoji berbentuk hati.

Menerusi hantaran yang sama, ramai juga merebut peluang untuk sama-sama memberikan kata-kata ucapan dan doa yang baik, istimewa buat Uqasha sempena ulang tahunnya kali ini.

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *