Hiburan

Tiga tahun berkahwin, Mona Allen, Pekin ikhtiar dapat anak dan jalani raw4tan kesuburan – “Kalau boleh tahun ini juga nak ada baby”

SETELAH tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Mona Allen mengakui dia kini bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen, 36, berkata, dia dan suaminya iaitu pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim, 40, telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kedua-duanya tidak mempunyai sebarang masalah kesuburan.

“Kami tengah mecuba, InsyaAllah kalau ada rezeki PKP. Kami berdua pun dah buat check up dan so far so good, tiada masalah apa-apa.

“Usia perkahwinan kami pun dah cecah tahun ketiga, bila dah PKP ni rasa macam why not kami mencuba mana tahu ada rezeki.

“Doktor ada cakap mungkin sebelum ini tak lekat sebab saya tiada masa berehat, emosi tak stabil kerja sebagai pelakon… doktor cakap kalau nak lekat at least kena satu atau dua bulan berehat betul-betul agar kita kena selalu rasa chill dan relax,” katanya ketika dihubungi mStar.

 

Mona dan Misha berdiskusi dengan doktor yang merawat mereka, Dr. Azrai Abu.

Mona turut berkata dia mendapatkan khidmat doktor pakar kesuburan yang sama seperti penyanyi Misha Omar iaitu Dr. Azrai Abu dan kedua-dua selebriti itu mahu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkara tersebut.

“Saya dan Misha dapatkan khidmat nasihat doktor yang sama. Dalam topik itu kami bincang topik yang dapat bagi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkara ini… sebab orang kita macam malu kalau cakap soal ini secara terbuka.

Usia perkahwinan kami pun dah cecah tahun ketiga, bila dah PKP ni rasa macam why not kami mencuba mana tahu ada rezeki.

MONA ALLEN

PELAKON

“Kalau boleh tahun ini juga saya nak dapat baby… macam saya kalau boleh nak anak perempuan, Pekin pula nak anak lelaki.

“Tapi kami tak kisah pun lelaki atau perempuan… cuma kalau dapat anak perempuan itu, bolehlah nanti saya matching-matching baju dengan dia,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini, Mona berkata dia sibuk dengan bisnes kek butter yang diusahakan.

 

Mona ikhtiar dapat anak.

“Saya ambil tempahan untuk butter cake dan so far sambutan sangat menggalakkan… saya buat seorang diri sahaja sebab itu saya hadkan dalam sehari hanya ambil paling banyak pun dalam 20 tempahan sahaja.

“Alhamdulillah, semua bagi feedback positif malah ada di kalangan rakan-rakan artis pun order dengan saya seperti Riena Diana, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad dan Zul Ariffin.

Butter cake ini memang resipi turun-temurun keluarga saya dan setiap kali sambutan Hari Raya memang juadah ini yang paling ditunggu-tunggu semua ahli keluarga,” katanya lagi.

Mona dan Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim berkahwin pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *