Global

Rumah tangga Amir Khan, isteri musn4h selepas 15 tahun

RUMAH TANGGA pelakon Bollywood terkenal Amir Khan dan isterinya Kiran Rao yang dibina selama 15 tahun akhirnya musn4h.

Amir membuat pengumuman itu dalam satu sidang media pada Sabtu dan memberitahu mereka sudah lama merancang untuk berpisah.

“Kami sudah lama rancang untuk berpisah dan sekarang adalah masa yang tepat untuk melakukannya secara rasmi.

“Sepanjang 15 tahun yang indah, kami bersama-sama saling berkongsi pengalaman hidup, rasa gembira dan gelak tawa. Hubungan kami juga terbina atas rasa percaya, cinta dan hormat.

“Sekarang, kami akan memulakan episod baharu dalam hidup kami masing-masing, ” katanya.

 

Dalam pada itu, Amir berkata, dia dan isteri akan terus menjalankan tanggungjawab terhadap anak mereka Azad Rao, 11, dan kerjaya seperti biasa.

“Kami tetap menjadi ibu-bapa yang setia kepada anak lelaki kami, Azad yang kami akan pelihara dan besarkan bersama.

“Kami juga akan terus bekerja secara berkolaborasi dalam filem, kerja amal Yayasan Paani dan projek-projek lain yang kami sukai, ” tambahnya.

Amir dan Kiran bertemu buat pertama kali sewaktu set penggambaran filem Lagaan, di mana isterinya bertugas sebagai penolong pengarah ketika itu.

Pasangan ini berkahwin pada 28 Disember 2005 dan mendapat cahaya mata pertama, Azad Rao Khan pada 2011. – IndianExpress

Kredit: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *