Hiburan

Amyra Rosli dikr1tik menunjuk makan durian, buat orang susah terIiur – “Makan s0r0k-s0r0k, kesian yang teringin tapi tak mampu”

PELAKON Amar Baharin meluahkan rasa kesal apabila niat baik isterinya, Amyra Rosli untuk membantu peniaga kecil mempromosikan produk disalah erti segelintir netizen.

Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Bahrin, 36, berkata dia dan isteri menggunakan platform media sosial hanya untuk membantu peniaga kecil dalam keadaan negara berdepan situasi pandemik.

“Isteri saya Amyra dapat durian orang bagi, lepas itu dia share kat sosial media. Kami sebagai selebriti gunakan platform sebaik mungkin untuk membantu.

“Netizen komen takkan makan pun nak share? Kesian la orang yang tak mampu beli.

“Tapi niat Amyra tu nak membantu peniaga-peniaga kecil, tiada niat nak kecilkan hati orang yang terkesan ketika sekarang tengah lockdown. Tapi sebagai selebriti itu je la kami boleh bantu,” ujarnya kepada mStar.

 

Perkongsian Amar di laman Instagram miliknya.

Terdahulu, Amar memuat naik paparan skrin beberapa komen netizen yang menganggap perkongsian isterinya berkaitan durian sebagai tidak sensitif dengan nasib segelintir rakyat yang kini dalam kesusahan.

Sementara itu Amar berkata, tindakannya membuat teguran terbuka di laman sosial adalah bagi menyedarkan pihak berkenaan tentang tujuan sebenar mereka.

“Tujuan saya nak bagi teguran sikit je, saya tak marah. Kita faham dan tak anggap benda ni serius selagi dia tak cakap benda-benda kesat.

Tapi niat Amyra tu nak membantu peniaga-peniaga kecil, tiada niat nak kecilkan hati orang

AMAR BAHARIN

PELAKON

“Mana yang baik kita sokong, mana yang negatif kita kena sedarkan dengan cara yang baik.

“Kita ada followers, jadi sedikit sebanyak dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang mungkin baru nak start atau nak tingkatkan skill untuk survive,” ujarnya.

Ujarnya lagi, netizen sepatutnya lebih berfikiran terbuka dan menggunakan media sosial sebaiknya dan tidak menulis komen negatif tanpa berfikir panjang.

 

Amar dan Amyra berkahwin pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata.

“Apabila saya kongsikan macam ni mungkin orang ramai boleh berfikir apa yang mereka buat tu tak betul. Mungkin mereka tertekan duduk dekat rumah.

“Saya harapkan semua orang yang mengalami lockdown ni, supaya banyak bersabar, buat perkara berfaedah dan jangan mengata benda negatif di sosial media,” katanya.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *