Hiburan

“YB, jika wang di bank berjela angkanya, mungkin saja selesa untuk terus berd0a tanpa sebarang usaha” – Naim Daniel

Sejak kebelakangan ini, netizen yang setuju dengan kempen bendera putih giat menggalakkan orang ramai untuk sertai tak kira jika anda pihak yang memerlukan atau yang menghulurkan bantuan. Ramai rakyat termasuk golongan selebriti menyokong kempen ini dan ia kini menjadi topik hangat diperkatakan di media sosial.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak bersetuju dengan tujuan kempen itu diadakan. Menurut Sinar Harian, beliau berkata rakyat sepatutnya tidak diajar menghadapi kekalahan sebaliknya sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada Allah SWT dalam segala hal.

Angkat tangan berdoa kepadaNya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih.”

 

“Yang Berhormat, jika….”

Penyanyi Naim Daniel tampil dengan nukilan khas olehnya ditujukan kepada Nik Abduh tentang kenyataan beliau berkenaan ‘berdoa kepada Allah SWT’ tersebut. Melalui Instagram, penyanyi sumpah itu telah memuat naik nukilannya yang berbunyi,

Yang Berhormat;

Jika;

Anak bini tak terabai makan minum mereka, wang di bank berjela angkanya, hutang piutang bebas semua;

Mungkin saja;

Hanya akan selesa untuk kita, berdoa dan terus berdoa, berdoa saja dari siang sekarang ke subuh esoknya.

Tanpa sebarang DAYA.

Tanpa sebarang USAHA.

 

Dalam erti kata lain, Naim bermaksud doa juga haruslah didukung dan diikuti dengan usaha. Berdasarkan konteks ini, usaha itu adalah kempen bendera putih terbabit. Apatah lagi kempen tersebut adalah usaha yang baik demi membantu sesama rakyat yang benar-benar terkesan disebabkan pandemik C0v1d-19 dan kini dalam kesusahan untuk meneruskan hidup.

 

Nukilan Naim itu mendapat respon yang baik dan ramai bersetuju dengan pendapatnya. Menurut Utusan, melalui ruangan komen Naim dilihat turut membalas respon peminat dan pengikutnya yang menyokong penulisannya itu.

Antara komen netizen,

Berdoa itu memang wajib. Tapi kalau berdoa tanpa sebarang usaha sia-sia saja. Allah pun suruh kita berusaha, tawakal dan berdoa.”

Naim kemudian membalas,

Ibarat kereta rosak tengah jalan, tak payah panggil tow truck, baca ruqyah saja pada kereta itu.”

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *