Hiburan

“Terharu, terkejut, semua ada” – Siti Elizad terharu Raja Permaisuri Agong telefon beri kata semangat

  

Menerusi satu perkongsian sebentar tadi, pelakon Siti Elizad meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terkejut dengan panggilan tersebut, Elizad berkata Tunku Azizah bertanyakan mengenai keadannya selepas terbaca kisahnya dituduh m4ndul oleh seorang netizen minggu lalu.

“Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) saya.

“Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa2,” tulis Elizad.

Elizad berkata Raja Permaisuri memberikan kata-kata semangat serta berkenan berkongsikan pengalaman baginda yang menjalani proses rawatan IVF sebanyak 17 kali.

“Tuanku berikan kata2 semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai.

“Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual2 dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh2 keibuan,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Elizad menjelaskan dia tiada niat untuk menghebohkan mengenai penjalanannya menjalani proses rawatan IVF tetapi hanya berkongsi pengalaman kepada mereka yang berdepan masalah sama.

 

Sumber: Rotikaya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button