Viral

“I hope you terc3k1k makan madu” – Parcel sampai, barang dipesan bapa ‘ghaib’… lebih musykil tengok bahagian bawah kotak terk0yak dilekat pita

 SEJAK kebelakangan ini, kita sering melihat perkongsian di media sosial mengenai rungutan pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan sesetengah syarikat kurier.

Selain isu kelewatan barangan, antara isu yang kerap dibangkitkan adalah barangan diterima dalam keadaan rosak, malah lebih ter0k, ada barangan yang ‘ghaib’.

Seorang gadis meluahkan rasa kecewa di media sosial berhubung perkhidmatan sebuah syarikat kurier gara-gara sebahagian barangan yang dipesan oleb bapanya lesap, disy4ki dicvri.

“What happen to my parcel? My dad wanted to sell madu asli but this is what he get? I hope you terc3k1k makan madu (Apa jadi dengan bungkusan saya? Ayah saya nak jual madu asli tapi ini yang dia dapat. Saya harap anda terc3kik makan madu),” demikian kata-kata yang diluahkan gadis berkenaan menerusi video di TikTok.

Apa yang membuatkan dia bertambah geram, aduan yang cuba dilakukan menerusi panggilan telefon, emel serta saluran di media sosial milik syarikat berkenaan langsung tidak membuahkan hasil.

Menurut Nurul Farhani Mohd Salleh, parcel barangan yang dipesan oleh bapanya tiba di rumah mereka di Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin baru-baru ini.

“Adik yang ambil parcel tu. Bila ayah pulang, ayah buka parcel tersebut. Namun apa yang membuatkan ayah hairan, bilangan kotak berisi madu asli yang dipesan daripada rakannya tak cukup.

 

Bahagian bawah parcel yang dilekat pita.

“Ayah pesan madu asli itu 10 kotak sebab dia berniat nak jual, tapi yang ada dalam satu kotak besar tu hanya tujuh kotak saja. Ayah pun hubungi rakannya untuk bertanya lebih lanjut, mana tahu kalau-kalau rakannya tersilap.

“Rakannya beritahu memang pos 10 kotak… siap hantar gambar lagi. Dalam pada tengah bingung tu, ayah belek-belek kotak besar tu dan perasan, dekat bahagian bawahnya ada kesan koyak besar dan ditampal pita pelekat… seolah-olah berlaku kecurian,” kata gadis berusia 23 tahun ini.

Menurut Nurul Farhani, harga bagi tiga botol yang ‘ghaib’ itu bukan kecil iaitu kira-kira RM400 kerana ia merupakan madu asli dari Yemen.

 

Bapa Nurul Farhani hanya menerima tujuh kotak madu, manakala tiga kotak lagi ‘ghaib’.

“Ayah bukan orang berniaga… inilah pertama kali dia nak cuba berniaga sebab dah rasai sendiri keberkesanan madu tu. Tapi macam ni pula jadinya,” katanya lagi.

Tambah gadis ini, dia terpaksa memuat naik di media sosial memandangkan cubaan untuk membuat aduan kepada pihak syarikat kurier berkenaan tidak membuahkan hasil.

“Apa je saluran, semua saya dah cuba termasuk live chat. Saya cuba tapi macam tak berfungsi langsung.

“Bila saya muat naik dekat media sosial, rupa-rupanya ada beberapa kenalan yang alami nasib sama dengan syarikat kurier yang sama.

Inilah pertama kali dia nak cuba berniaga sebab dah rasai sendiri keberkesanan madu tu. Tapi macam ni pula jadinya.

NURUL FARHANI MOHD SALLEH

“Ada kenalan saya, barang niaganya kena declare hilang dan pihak kurier tu beri ganti rugi hanya RM100. Ada kenalan lain, dua balang makanan yang dia nak post dekat ejen ada kesan dah kena makan.

“Sekarang ni giliran bapa saya pula. Kecewa sungguh. Kasihan bapa saya… belum pulang modal, barangan ‘ghaib’ pula,” ujarnya.

 

 

Keadaan parcel yang terkoyak teruk.

Nurul Farhani berkata dia dan bapanya akan mengambil tindakan lanjut iaitu membuat laporan polis pada Rabu ini, memandangkan dia mempunyai urusan lain yang perlu diselesaikan.

“Bahaya betul bila terjadi kes macam ni. Iya, memang ramai terdesak waktu p4ndemik ni, tapi janganlah sampai meng4niaya orang. Dengan apa yang berlaku ni, moga kita ambil pengajaran… kena hati-hati bila nak gunakan perkhidmatan syarikat kurier,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *