Ham1l 6 bulan, Izreen Azminda bimb4ng isu tertuk4r bayi… percaya naluri ibu kuat – “Tanggungjawab ibu bapa juga untuk check betul-betul”

BERITA tertuk4r bayi kembar yang terp1sah sejak 20 tahun lalu yang tular sejak Ahad sedikit sebanyak membuatkan pelakon Izreen Azminda yang kini h4m1l enam bulan berasa paran0id.
Biarpun bimbang, Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 36, berpendapat selain pihak hospital, golongan ibu bapa juga perlu membuat pemeriksaan teliti sebelum pulang ke rumah membawa bayi mereka.
“Sebelum kejadian ini lagi saya dah pernah terfikir t4kut juga kalau tertuk4r baby… tapi bagi sebagai ibu, saya akan ambil langkah berhati-hati sebelum keluar hospital kena check betul-betul balik adakah betul yang ini anak kita.
“Memang setiap baby yang baru lahir memang nampak macam sama, tapi saya percaya sedikit sebanyak perbezaan yang kita sebagai ibu boleh tahu.
“Kecu41an boleh berlaku tak kira di hospital kerajaan atau swasta sebab dalam sehari bukan dia sambut anak kita seorang sahaja… jadi ini juga tanggungjawab ibu bapa untuk check betul-betul dan diharapkan kejadian macam ini beri pengajaran untuk semua,” katanya ketika dihubungi mStar.
Pasangan kembar sebenar yang terpisah, Adryani Iwani (kiri) dan Noratirah Husin (kanan). Foto: BERNAMA
Sebelum ini, viral kisah pasangan kembar seiras, Adryani Iwani Ibeni Yanin dan Noratirah Husin yang terpisah selama 20 tahun disebabkan kecu41an petugas kesihatan di sebuah hospital di Kelantan.
Mereka dipertemukan semula selepas terdapat beberapa ‘kebetulan’ yang mencur1gakan sehingga membuatkan pasangan itu nekad melakukan ujian a.sid deoksiribonukleik (DNA) dan hasil keputusan menunjukkan kedua-duanya merupakan pasangan kembar yang sebenar.
Memang setiap baby baru lahir nampak sama, tapi saya percaya kita sebagai ibu boleh tahu.
IZREEN AZMINDA
PELAKON
Bakal melahirkan anak ketiga pada September ini, Izreen berkata buat masa ini dia masih belum mengetahui jantina kandungannya yang masih ‘menyorok’.
“Dia masih tak tunjuk lagi sampai sekarang bila buat imbasan… sebenarnya memang saya berharap dapat baby girl kali ini tipulah kalau kata tak berharap.
Izreen bersama suami dan anak mereka, Aaron Ibrahim.
“Tapi bila fikir balik, ada orang masih belum dikurniakan rezeki anak lagi, Tuhan dah bagi rezeki ini saya sepatutnya bersyukur, jadi saya tak kisahlah lelaki ke perempuan yang penting dia sihat dan tak tertukar dengan baby siapa-siapa,” katanya.
Izreen berkahwin dengan pemuzik Ude atau nama sebenarnya, Muhamad Radzi Abdul Wahid, 33, pada 8 Ogos 2017 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Damansara, Selangor.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun. Izreen turut mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu, Muhammad Adrian Umar, 7 tahun.
Sumber: mStar