Hiburan

“Alhamdulillah, kaki pun panjang, good tak pendek,” – Maryam Akhirnya Umum Jantina Bayi!

Instafamous warga Korea Selatan, Maryam You Narae atau dikenali sebagao Maryam berkongsi perkhabaran gembira apabila bakal melahirkan anak perempuan.

Perkara itu diumum Maryam menerusi satu posting video di YouTube rasmi mereka.

Menurut Maryam, dia baru saja pulang daripada pemeriksaan doktor dan bayi dalam kandungannya tidak mempunyai sebarang masalah.

 

“Doktor sudah cek semua bahagian bayi dan semuanya sihat.

“Doktor juga ada bagi gambar bayi dalam kandungan anda boleh lihat. Maryam nak bagitau yang bayi ini adalah perempuan. Alhamdulillah,” katanya.

Tambahnya, doktor juga memberitahu kaki bayinya juga panjang dan normal.

“Alhamdulillah, kaki pun panjang, good tak pendek,” katanya sambil bergurau membandingkan ketinggiannya dengan suaminya Ryzal.

Menerusi video berkenaan, Maryam turut berkongsi gambar keadaan bayinya.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah.

 

 

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata gembira melihat keadaan Maryam yang kembali ceria.

“Takmau sedih-sedih lagi ok Maryam, jaga kandungan”

“Seronok tengok Maryam kembali ceria, jaga baby okay”

“Awww baby girl, tahniah,” tulis beberapa netizen.

 

sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *