Hiburan

Sudah bersedia jawab soalan Munk4r N4nkir? – Aeril Zafrel

KUALA LUMPUR : Pelakon, Aeril Zafrel, secara terbuka menegur para pemimpin negara menerusi Instagram miliknya hari ini.

“Wahai ketua atau pemimpin negara. Apa yang anda lakukan hari ini, jika ia baik atau pun tidak, akan anda dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Sudah sediakah anda menjawab soalan Munk4r dan N4nkir di alam kubvr nanti?

“Tolong tag dekat ketua atau pemimpin. Peringatan untuk diri sendiri?,” tulis pelakon filem Aku Tak Bodoh itu.

 

Menjengah ruangan komen, Utusan Malaysia mendapati layangan persoalan dimuat naik Aeril dijawab oleh tiga pelakon popular.

“Tak ada mood nak tag insan-insan agung itu,” komen Nazim Othman.

“Mereka peduli kah kalau kita tag? Kes bunuh diri makin tinggi. Rakyat Malaysia sengsara sampai tahap nak ambil nyawa sendiri,” tulis Sharifah Husna.

“Masalahnya mereka peduli kah Aeril?,” tanya Afdlin Shauki.

 

Aeril juga kemudiannya dilihat ada membalas komen-komen rakan artisnya itu secara ringkas.

“Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya kita mengingatkan,”katanya.

 

Sementara itu, rata-rata pengikut dan peminat Aeril masing-masing memberi hujah dan pandangan sendiri terhadap kemelut yang berlaku dalam negara kebelakangan ini.

Sumber: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *