Hiburan

“Selalu nampak dia ambil wuduk, bentang sejadah”- Hafidz Roshdi bela Elizad

GERAM dengan tindakan seorang netizen mempersoalkan ibadat solat pelakon Elizad Sharifuddin, rakan selebriti yang pernah bekerja dengannya iaitu Hafidz Roshdi tampil bercerita perkara sebenar.

Ujar Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 27, hanya orang di sekeliling Elizad mengetahui tentang keperibadian sebenar aktres berkenaan yang tidak meninggalkan tanggungjawab sebagai Muslim biarpun sedang sibuk bekerja.

“Saya nak bagi tahu benda betul yang nampak depan mata, saya tak cakap benda macam ni kalau tak nampak sendiri.

“Setiap kali penggambaran di rumah mesti nampak dia ambil wuduk, bentang sejadah. Bukan sekali nampak tapi setiap kali!” ujarnya kepada mStar.

 

Elizad luah rasa sedih IG pada malam Rabu.

Hafidz ditemui pada sidang media Bujang Tampan Selamba yang diadakan secara maya pada Khamis.

Terdahulu, pelakon Elizad meluahkan rasa sedih apabila menerima hinaan di ruangan komen sebuah portal yang menuduhnya sebagai mandul, tidak solat dan tidak menutup aurat.

Kadang-kadang kita nampak orang tidak bertudung mesti kata tak solat, jadi jangan nilai orang daripada luar.

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

Elizad memberitahu dia sudah berusaha pelbagai cara dan rawatan untuk mendapatkan cahaya mata namun masih belum dikurniakan rezeki itu.

Pelakon Teman Lelaki Upahan itu membuat laporan polis pada malam Rabu terhadap seorang netizen yang dianggap melampau dan cuba menjatuhkan maruahnya.

Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu turut meminta orang ramai agar tidak menilai ibadah seseorang daripada luaran semata-mata.

“Kadang-kadang kita nampak orang tidak bertudung mesti kata tak solat, jadi jangan nilai orang daripada luar” katanya.

 

Susulan itu, Elizad sudah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil.

“Saya jarang ambil kisah dan tak maafkan orang. Tapi kali ini hati saya luluh sangat. Tuhan saja tahu.

“Saya sudah buat laporan polis. Terima kasih banyak Puan Farhana dan semua anggota polis yang membantu juga Inspektor William di Balai Polis Sungai Besi.

“Kepada abang yang bela saya dalam video tanpa saya kenali dia terima kasih banyak. Juga mereka yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat buat saya . Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kata-kata kebaikan anda. Selebihnya tunggu esok untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam masa sama, Elizad sudah menyerahkan perkara itu kepada peguam.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *