Hiburan

Isteri Nabil Ahmad kegvgvran anak keempat ketika kandungan usia 3 bulan

PENGACARA dan pelawak, Nabil Ahmad berkongsi berita sedih apabila isterinya iaitu Nazirah Ayub mengalami kegvgvran anak keempat mereka selepas berlaku pendar4han pada Khamis.

Menurut Nabil, 38, dia dan isteri reda dengan kehilangan tersebut biarpun kandungan isterinya sudah memasuki usia tiga bulan.

“Saya tahu isteri hamil dua minggu lalu dan usia kandungan pun dah masuk tiga bulan. Isteri alami pend4rahan Khamis lalu dan doktor pun sahkan memang dah gvgvr.

“Saya dan isteri okay sahaja, kami anggap tiada rezeki kerana Allah sebaik-baik perancang.

 

Isteri Nabil berkongsikan khabar duka itu di Instagramnya.

“Cuma itulah anak-anak saya yang lain dah teruja nak dapat adik baru tapi sekarang dah tiada… tak mengapa mungkin ada lagi rezeki selepas ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Terdahulu Nazirah berkongsi khabar duka itu menerusi posting di Instagram sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.

“Salah satu sambutan harijadi yang paling diingati. Ingatkan nak tambah seorang lagi ahli keluarga, tapi tak ada rezeki pula.

Isteri alami pend4rahan Khamis lalu dan doktor pun sahkan memang dah gvgvr.

NABIL AHMAD

PENGACARA, PELAWAK

“InsyaAllah ada rezeki lain kali, kita kena cuba lagi @nabilzira” tulisnya.

Sementara itu Nabil yang juga pengacara MeleTOP berkata, ketika mengetahui tentang kehamilan isterinya, dia berharap untuk menimang cahaya mata lelaki memandangkan sudah mempunyai tiga anak perempuan sebelum ini.

“Saya tak kisah pun sebenarnya baby girl or baby boy cumanya saya ada juga berharap kalau boleh nak baby boy sebab tiga sebelum ini perempuan.

 

Nabil mempunyai tiga anak perempuan.

“Saya suka ada anak kecil kat rumah sebab yang nombor tiga pun dah masuk umur dua tahun, dah pandai main sendiri.

“Saya dan isteri pun memang planning usia jarak anak-anak kami… kiranya masa ini memang sesuai untuk anak keempat tapi tiada rezeki tak mengapa, kami okay sahaja,” ujarnya lagi.

Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah, 33, pada 30 September 2011 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, 9, Leyla Medina, 6, dan Mishall Imani, 2 tahun.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *