Hiburan

Alicia Amin rancang tambah koleksi t4tu

PETALING JAYA – Tidak serik dikec4m, pelakon dan model kontr0versi Alicia Amin mengakui bercadang untuk menambah lebih banyak koleksi tatu pada badannya selepas ini.

Perkara tersebut dikongsi Alicia dalam Instagramnya selepas ada beberapa peminat bertanyakan mengenai pemilihan tatu yang bakal dilakukannya nanti.

Menurut Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 26, dia mengelak untuk mencac4h tatu bermotifkan orang yang masih hidup seperti wajah sebenar dan seumpamanya.

 

“Saya tidak akan mencac4h tatu orang hidup pada badan. Mungkin saya akan memilih tatu bermotifkan penghormatan tetapi tidak sekali wajah sebenar,” tulisnya dalam InstaStory.

Tambah bekas peserta Asia’s Next Top Model musim kelima itu, untuk tatu seterusnya, dia mungkin akan memilih tatu bermotifkan anime Dazai, iaitu karakter dalam siri Bungo Stray Dogs.

Hasil tinjauan dalam media sosial, rata-rata netizen tidak kisah dengan keputusan Alicia untuk menambah tatu pada badannya.

“Lantak dia lah nak cac4h tatu satu badan sekali pun. Dia lebih tahu dosa pahala. Ingat dunia hanya sementara.

“Tiada sesiapa pun kisah pasal dia ni. Buat jela apa nak buat. Orang lebih rungsing fikir pasal peningkatan kes C0v1d sekarang ini,” tulis netizen.

Terdahulu, anak jati kelahiran Johor Bahru itu hebat dikec4m netizen membabitkan beberapa kontroversi seperti memiliki tatu pada badan, membela anjing sebagai haiwan peliharaan dan sering berpenampilan menc0l0k mata walaupun sudah bergelar isteri.

Tidak setakat itu, Alicia yang mendirikan rumah tangga bersama seorang doktor Februari lalu turut mengakui masih meneg0k minuman beralkohol sehingga ke hari ini. 

 

sumber: K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *