Hiburan

“Hamba Allah Menyumbang 15 Katil Elektronik RM6,000 Sebuah, Kegunaan Pesakit C0v1d-19,” – Individu Ini Ded4h Sisi Prihatin Neelofa

Seorang individu yang dikenali sebagai Aznil Hisham menerusi akaun Facebook mendedahkan usahawan dan selebriti, Noor Neelofa bermurah hati menyumbangkan katil khas bagi kegunaan pesakit C0v1d-19 di Hospital Melaka.

Di dalam status yang dikongsikan pada Khamis, Aznil menjelaskan Neelofa menyumbangkan 15 buah katil elektronik yang bernilai kira-kira RM6,000 seunit dua minggu lalu meski yang diminta hanyalah 10 buah sahaja.

 

Dedikasi serta ucapan terima kasih turut disampaikan Dr Abdul Rahman Abdul Kadir mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital berkenaan.

“Dua minggu lepas, DARK (Dr Abdul Rahman Abdul Kadir) bagi tau bahawa hospital beliau kekurangan katil. Pesakit² c0v1d terpaksa duduk dilantai.

“Namun dengan takdir Allah, seorang hamba Allah menyumbang katil elektronik yg bernilai RM 6 000 sebuah. Yang diminta 10 buah katil. Tapi diberi 15 buah katil.

“Berikut adalah ucapan terima kasih DARK kepada insan yang bermurah hati ini. Hanya Allah sahaja membalas kebaikkan puan,” tulisnya.

Aznil turut berkongsikan ucapan terima kasih di dalam status sama.

“Alhamdulillah…terima kasih tidak terhingga kepada Puan Neelofa atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan pesakit C0v1d di Hospital Melaka.

“Semoga Allah mengganjari amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia dan akhirat.

“15 katil itu telah ditempatkan di zon Dekon Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta-merta untuk merawat pesakit C0v1d 19.

“Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak juga membiarkan dia dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang menghilangkan musibah kesusahan yang perit dari seorang Muslim, maka Allah akan hilangkan juga darinya kesusahan dan keperitannya pada hari Kiamat. Barangsiapa yang menyembunyikan aib saudaranya maka Allah akan sembunyikan aibnya pada hari Kiamat.” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

“Jazakallahu khairan katsira. Ikhlas dari Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir mewakili Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka,” tulisnya lagi.

 

Status tersebut sekali gus menjadi perhatian di samping rata-rata pengguna lain turut sama tumpang gemira atas sumbangan yang diberikan ahli perniagaan berkenaan.

Sumber: Facebook Aznil Hisham

Kredit: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *