Hiburan

“Alhamdulillah, a new journey for our Ladyboss @nuridasuraya” – Makin Ayu Berhijab, Peminat Titip Doa Buat Isteri Rizman Nordin

Jenama fesyen, Rizman Ruzaini ada menitipkan doa buat isteri Rizman Nordin, Nurida Suraya terhadap perubahan penampilan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang kini tampil berhijab.

Ucapan tersebut diberikan seiring dengan ulang tahun kelahiran suaminya.

“Alhamdulillah, a new journey for our Ladyboss @nuridasuraya. Semoga istiqomah. InsyaAllah Amin Ya Rabbalalamin,” tulis pengendali akaun terbabit.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah atas penghijrahan Nurida.

Malah rakan selebriti turut sama tumpang gembira.

 

Terdahulu, penampilannya mulai menarik perhatian apabila tampil bertudung sejak Ramadan lalu.

 

Sekadar informasi, Rizman dan Nurida berkahwin pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rizqaa pada 2 September 2020.

Foto: Rizman Ruzaini, Nurida Suraya

Kredit: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *