Hiburan

Tok Ti & Suami Kena K0mpaun RM10k, Selebriti ‘Keluarga Besar’ Ziarah Raya Pun Kena Juga!

Sebelum ini, pihak polis dikatakan telah membuka kertas si4satan bagi menyiasat isu majlis tahnik yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk anak lelakinya. Majlis yang turut dihadiri oleh beberapa tokoh agamawan dan penceramah terkenal tatkala negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu ternyata mendapat perhatian ramai.

Terbaru, Tok Ti dan suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan k0mpaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Semua dikenakan k0mpaun

 

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal turut dikenakan k0mpaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Terdahulu, kesemua individu kenamaan ini dipercayai hadir di majlis tahnik yang dianjurkan oleh Tokti dan suaminya. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Assisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, si4satan mengenai isu berkenaan telah dijalankan selepas pihak polis menerima satu laporan berhubung majlis tersebut. Pihak polis juga telah menjalankan si4satan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Norman dan Abby dikenakan k0mpaun

 

PASANGAN selebriti Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza bersama Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakari masing-masing dikenakan kompaun RM2,000 kerana mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) Cov1d-19 semasa perayaan Hari Raya baru-baru ini.


Jelas Arjunaidi lagi, selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi turut dikenakan k0mpaun. Sebelum ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung gambar keluarga tersebut yang didakwa berziarah pada sambutan Aidilfitri. Keluarga tersebut juga dipercayai telah melanggar SOP yang telah ditetapkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semua individu diberi kompaun RM2,000,” katanya dalam sidang media maya pada hari Khamis.

Sumber: Berita Harian

Kredit: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *