Menangis teres4k-es4k, Azza mohon segera laksana l0ckd0wn penuh

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Azza Elite merayu kerajaan agar segera melaksanakan lockdown penuh ekoran peningkatan kes C0v1d-19 yang semakin membimbangkan di negara ini.
Azza menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya sebentar tadi dilihat menangis teresak-esak sambil menyeru pihak kerajaan agar segera bertindak.
“Hari ini (c0v1d) dah melalui udara pulak. Tolonglah kerajaaan bagilah lockdown.
“Korang (kerajaan) nak berapa ramai lagi rakyat kita m4t1. Korang nak fronliner (barisan hadapan) buat macam mana lagi. Tolonglah lockdown,” rintihnya.
Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari turut mengingatkan semua agar terus kekal duduk di rumah tanpa keluar kemana-mana jika tiada sebarang urusan penting di luar.
Pada hantaran sama, Azza turut mengakui dia sudah mula mengalami masalah anxiety atau kerisauan melampau rentetan peningkatan kes harian C0v1d-19 yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk turun.
“Selagi kerajaan tak laksanakan lockdown penuh, kami ada yang kena pergi kerja. Tolonglah faham.
“Kalau kerajaan buat lockdown sekurang-kurangnya kami duduk di rumah tidak jumpa orang. Tolonglah untuk dua atau tiga minggu sahaja,” tulisnya.
Antara komen rakan2 artis:
Terdahulu, kes harian C0v1d-19 mencatatkan peningkatan mendadak sejak Mac lalu hingga merekodkan 7,289 pada hari ini sekali gus merupakan kes tertinggi sepanjang pandemik membadai negara sejak tahun lalu.
Sumber: Utusan