Hiburan

“Boleh tak nak post apa-apa dekat IG ke, Twitter ke, pakai otak sikit?” – Mira Filzah

VIDEO seorang wanita menyebarkan berita palsu mengenai punca kem4t1an pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin akibat pengambilan v4ksin AstraZeneca turut mendapat perhatian pelakon Mira Filzah.

Berang dengan sikap individu tersebut, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, menasihati semua orang agar berfikir dahulu sebelum berkongsi sesuatu kenyataan di laman sosial.

“Nak cakap ke tak eh. Haih. Cakaplah. Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, kenyataan ke, bergurau ke, pakai otak sikit?” tegas Mira.

 

Mira memuat naik status di Twitter.

Pelakon berusia 28 tahun itu memuat naik status tersebut menerusi laman Twitter miliknya pada Isnin dan turut berkongsi semula paparan skrin info dan permohonan maaf individu tersebut.

Sebelum ini, video seorang wanita dikenali sebagai Aqila Yusri mendakwa kononnya punca kem4t1an arw4h Haziq adalah darah tersumbat akibat pengambilan v4ksin AstraZeneca.

Susulan video itu tular, polis kini sedang mengesan wanita tersebut yang turut mend4kwa Kementerian Kesihatan (KKM) menyembunyikan punca sebenar kem4t1an terbabit menerusi video tersebut.

Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, kenyataan ke, bergurau ke, pakai otak sikit?

MIRA FILZAH

PELAKON

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan rakaman video itu dikatakan memaparkan berita palsu daripada seorang pelajar perempuan pada Jumaat lalu.

“Siasatan awal mendapati rakaman video berkenaan dimuat naik menerusi status WhatsApp milik penama, Aqila Yusri selain dimuat naik dalam Instagram @agilayusri.

“Hasil penelitian dalam video itu mendapati terdapat seorang wanita menyatakan kem4t1an Allahyarham Haziq berpunca daripada saluran darah tersumbat akibat ambil v4ksin berkenaan.

“Malah, terdapat juga dakwaan bahawa KKM melaporkan jumlah kes positif yang tidak tepat,” katanya menerusi laporan media.

 

Allahyarham Haziq Kamaruddin men1nggl dnia pada 14 Mei lalu.

Pada 14 Mei lalu, pemanah negara Haziq Kamaruddin men1nggl dnia pada usia 27 tahun di Hospital Kajang akibat komplikasi salur dara jantung tersumbat akibat perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).

Dalam pada itu, Mohd Zaid memberitahu kes penularan berita palsu itu disi4sat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Media sebelum ini melaporkan hasil bedah siasat pemanah negara itu mendapati tidak menunjukkan punca kem4t1annya disebabkan vaksinasi C0V1D-19.

Ketua Perkhidmatan Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Zahari Noor dipetik berkata, setakat ini bedah siasat menunjukkan punca kem4t1an adalah disebabkan komplikasi salur darah jantung tersumbat akibat daripada perubahan arterosklerosis (coronary artery atherosclerosis).

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *