Hiburan

Ubati Rindu Peminat, Arni Nazira Kongsi Foto Raya Sekeluarga

Bintang yang pernah popular menerusi lagu Cinta Antara Benua lewat 90-an lalu, Arni Nazira kini hidup bahagia harmoni dengan perkahwinan kedua bersama suami tersayang, Mohd Hazrie Wan Mokhtar.

Penyanyi tinggi lampai ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Muhammad Mua’dz, 11, Wan Aleysha Maserra, 9, dan Wan Muhammad Mushrief, 6 tahun.

Meski menyepikan diri dari bidang seni, namun namanya masih masih menjadi perhatian peminat sementelah single hitsnya itu kekal diminati sehingga sekarang.

Mencuri perhatian, Arnu baru-baru ini ada memuatnaik beberapa keping gambar bersama keluarganya bersempena dengan sambutan Syawal.

Tampil sedondon, keluarga besar ini tampak manis dipandang lalu turut menerima pujian daripada para pengikutnya di Instagram.

 

Malah, turut dikongsikan ialah foto dua anak gadis hasil perkahwinan pertamanya dulu bersama penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Awie.

Difahamkan, dua permata hatinya itu iaitu Puteri Aleeya Antasha, 21, dan Puteri Aleefa Antasha, 19, masih lagi menuntut.

Foto: Instagram Arni Nazira

Kredit: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *