Hiburan

“Saya Minta Maaf” – Zaki Pulang Ke Kampung Bersebab Lah!

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zaki Azeman, 27, memohon maaf berhubung isu merentas negeri dari Kuala Lumpur ke kampung halaman, Kuala Perlis, pada malam semalam.

Menurut Zaki ketika dihubungi, berkata, tujuan pulang bukanlah untuk berhari raya akan tetapi untuk melihat adiknya, Daniel Azeman, yang kini masih terlantar akibat terbabit dalam kem4langan jalan raya sekitar empat bulan lalu.

“Sejujurnya kepulangan saya bukanlah untuk berhari raya, ikutkan memang nak beraya di KL saja. Tapi atas dasar peribadi ingin menziarahi adik, dah lama tak tengok dia. Saya akui ketika ini, memang tidak boleh merentas daerah mahupun negeri jika tiada alasan yang kuat dan munasabah.

“Jadi, saya hanya mencuba nasib dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi keizinan. Begitu pun, saya tetap akan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun saya sudah mendapatkan pemeriksaan calitan sewaktu terbabit dalam penggambaran telefilem baru-baru ini, ia bukan alasan untuk saya ambil ringan. Saya tetap akan berjaga-jaga kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Saya balik pun belum tentu kondisi sendiri terjamin,” katanya kepada Utusan Malaysia.

 

Pada masa sama, pelakon Hilang Akal itu berharap orang ramai tidak mudah jatuh hukum. Hal itu kerana, tanggapan stereotaip terhadap segelintir artis ibarat kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Saya harap orang ramai janganlah cepat bersangka buruk tanpa mengetahui perkara sebenar. Saya juga tidak mahu kerana perbuatan balik kampung ini boleh merosakkan dan memburukkan lagi nama penggiat seni, maafkan saya.

“Saya tahu mulut orang memang tidak boleh dikawal dan ditutup. Tetapi tidak semua artis yang sanggup pulang.

“Kondisi adik ketika ini dalam keadaan beransur pulih. Tapi dia masih lagi tidak boleh bercakap. Untuk artis yang berada di kampung halaman, sama-samalah kita patuh SOP,” ujarnya.

Dalam perkembangan seni lakonan, Zaki akan memulakan penggambaran drama bersiri 15 episod, Keluarga Angkat terbitan Suhan Movies & Trading bermula selepas raya kelima.

Sumber: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *