Hiburan

Dah Hilang Sabar, Ain Afini D4kwa Dim4rahi Hana, Lar4ng Anak Ganggu PU Abu

Kontroversi rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan Mokhtar sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai selepas isteri kedua, Hana Azraa mendakwa sudah bercer41 dengan PU Abu. Selain itu, ada spekulasi mengatakan PU Abu kembali rujuk bek4s isteri pertama iaitu Ain Afini. Bagaimanapun, dakwaan tersebut tidak disahkan daripada pihak mereka.

Namun, spekulasi rumah tangga mereka hampir terjawab apabila kelihatan Ain Afini memberi respon terhadap komen dan persoalan netizen di posting Instagram PU Abu.

‘Kami lembu dicucuk hidung’

 

Sempat meninjau di ruangan komen posting foto beraya PU Abu bersama dua orang anaknya dan kelihatan Ain Afini saling membalas komen netizen mengenai dakwaan proses rujuk kembali yang dibuat oleh PU Abu. Kelihatan netizen juga ‘pening’ dengan konflik rumah tangga PU Abu dan mendakwa Pencetus Ummah itu  sebagai ‘kaki putar alam’. Malah, netizen turut mempersoalkan kenapa Ain Afini masih dapat bertahan dengan perangai PU Abu sedemikian.

Menjawab kepada tuduhan tersebut, kelihatan Ain Afini memberi respon dan menafikan PU Abu sebagai ‘kaki putar alam’ sebaliknya Hana Azraa. Tambahnya, dia dan PU Abu diibaratkan sebagai lembu dicucuk hidung sehingga terpaksa akur dengan Hana.

Apa yang saya tutup lubang?

 

Tidak berakhir disitu, netizen turut mendakwa Ain Afini dan Hana Azraa kelihatan seolah hendak ‘tutup lubang’ mengenai status rumah tangga mereka bersama PU Abu. Malah, terdapat beberapa status IG Stories yang dikongsikan Hana atau Ain dapat mengundang kontroversi dan kecaman netizen.

Susulan itu, Ain tampil menjelaskan situasi sebenar apa yang sedang dihadapinya. Katanya, dia mendakwa dimarahi Hana dan memberi am4ran untuk tidak menganggu mereka sekeluarga. Sedangkan Ain ketika itu hanya hendak anak-anaknya bercakap dengan ayah mereka melalui panggilan telefon untuk meraikan Syawal. Ain turut menjelaskan Hana Azraa dan PU Abu tidak bercer41 dan masih tinggal sebumbung.

Ruang komen ditutup

 

Tidak lama itu, kelihatan ruangan komen pada posting di akaun Instagram PU Abu sudah ditutup susulan terdapat pelbagai reaksi mengundang dari netizen. PU Abu bagaimanapun tidak kelihatan memberi sebarang reaksi sebelum menutup ruangan komen pada posting ini.

Sumber: Abu Sufyan Mokhtar

Kredit: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *