Hiburan

6 Tahun Wan Sharmila Tak Sambut Raya, Pilih Bersendirian Di Rumah – “Saya Tutup Telefon Selama Tiga Hari Bermula Malam Raya”

Pelakon Wan Sharmila, 40, mengakui tidak lagi mempunyai perasaan untuk menyambut hari raya selepas pemergian ibu tercinta, Raidah Abd. Aziz pada tahun 2015.

Menurut Wan Sharmila atau lebih mesra disapa sebagai Lala, dia memilih untuk mengurung diri di rumah sahaja.

Katanya, sebelum wab4k C0v1d-19 melanda, dia akan bercuti ke luar negara ketika orang lain sibuk beraya.


“Sebenarnya saya memang dah tak beraya seorang sejak arwah ibu men1nggl dnia pada 2015. Jadi tahun ini genap enam tahun saya tidak beraya. Arwh bapa saya pula memang dari saya kecil sudah meninggal.

“Saya ada seorang abang tapi dia menetap di Johor Bahru (JB). Bila ibu saya dah tak ada, perasaan nak beraya itu terus hilang. Jadi, saya dah biasa tinggal seorang diri rumah pada hari raya.

“Macam tahun lalu, saya duduk rumah seorang diri sahaja… memang tak beraya pun. Kalau sebelum ada C0v1d, separuh bulan Ramadan saya akan pergi bercuti ke luar negara dan dah rasa berpuasa di tempat orang,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini mendedahkan dia juga pernah bertindak menghilangkan diri dengan menutup telefonnya selama tiga hari bermula pada malam raya.

Tindakannya itu menimbulkan perasaan bimbang dalam kalangan rakan baik sehingga mereka hampir membuat laporan polis kerana memikirkan aktres itu hilang.


“Macam tahun lalu, saya menghilangkan diri… saya tutup telefon selama tiga hari bermula malam raya. Malah kawan rapat nak cari saya tak dapat, sampai nak buat laporan polis.

“Sebab mereka ingat saya dah hilang. Saya faham sebab mereka takut kalau ada apa-apa terjadi dekat saya tapi untuk tahun ini memang saya cakap awal-awal yang saya akan tutup telefon untuk beberapa hari.

“Saya memilih untuk tutup telefon sebab tak nak rasa suasana raya. Sebenarnya saya nak jauhkan rasa kesedihan dan kerinduan terhadap arwah ibu yang selama ini ada dengan saya.

“Bukan tak move on, tapi saya masih tak boleh lagi nak menyambut perayaan tanpa arwh. Malah, saya akan buka siaran TV cerita tamil ke sebab nak elak daripada rasa suasana raya,” katanya lagi.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *