Global

Suami isteri sambut bayi ke-16, pening kepala pilih nama bermula huruf ‘C’… tak menolak jika dapat anak lagi

SEPASANG suami isteri dari Carolina Utara, Amerika Syarikat baharu menyambut kelahiran bayi mereka yang ke-16 baru-baru ini.

Menurut Patty Hernandez, proses kelahiran bayi ‘bongsu’ itu adalah yang paling sukar jika dibandingkan dengan pengalamannya bersalin sebelum ini.

Patty melahirkan bayi lelakinya itu ketika usia kandungan mencecah 40 minggu.

 

Suami isteri sambut bayi ke-16, pening kepala pilih nama bermula huruf ‘C’… tak menolak jika dapat anak lagi

“Semua kelahiran saya yang lain adalah sebelum 38 minggu. Tapi bayi ini tidak mahu keluar,” ujarnya berseloroh.

Gembira mempunyai keluarga besar, Patty mendedahkan dia dan suaminya, Carlos, berdepan kesukaran ketika mahu memilih nama untuk anak bongsu mereka.

“Semua anak-anak memiliki nama bermula dengan huruf ‘C’ sempena nama suami saya, Carlos… ia adalah penghormatan kepadanya,” kata Patty.

Patty dan Carlos kemudian sepakat untuk menamakan anak bongsu mereka dengan nama ‘Clayton’.

Selain Clayton, pasangan ini mempunyai tiga pasang kembar iaitu Carla dan Caitlyn (10), Calvin dan Catherine (6); dan Caleb dan Caroline (3).

Anak-anak yang lain adalah Christopher, Cristian, Celeste, Cristina, Carol, Camilla, Charlotte dan Crystal. – Dailystar

Kredit: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *