Hiburan

Nora Danish, Tiz Zaqyah pula p0sitif C0v1d-19, mohon k0ntak rapat buat ujian calitan

DUA pelakon drama C0v1d Oh C0v1d iaitu Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan mereka disahkan positif C0v1d-19 pada pagi Ahad.

Menerusi laman Instagram, Nora, 39, berkata hasil keputusan ujian calitan (swab test) yang dilakukan mendapati dia telah dijangkiti virus tersebut meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom.

“Nora buat ujian sebab kontak rapat kategori C. Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tak ada sebarang simptom.

“Sekarang Nora kuarantin di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka dah lakukan ujian PCR pukul 12 tengahari tadi dan doakan untuk kami semua ya.

 

Nora kongsi berita mengejutkan ini di Instagram.

“Bagi sesiapa yang ada jumpa Nora antara 4 hingga 8 Mei, tolong buat swab test ya. Jaga diri dan jaga SOP. Maafkan saya!” katanya.

Sementara itu, Tiz atau nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, memberitahu dia turut menerima keputusan sama selepas melakukan ujian calitan kerana berasa tidak sihat.

 

Tiz mohon orang ramai berwaspada bahaya C0v1d-19.

“Assalamualaikum… bermula dengan batuk ringan dan menggigil, terasa badan saya tak macam biasa.

“Pada Ahad dalam pukul 8.30 pagi saya menerima panggilan daripada Pusat Perubatan Subang Jaya memaklumkan saya disahkan positif C0v1d-19 dan dinasihatkan kuarantin diri di rumah.

“Tolong dapatkan ujian segera jika ada demam, selsema, bersin, sakit kepada. Jangan terlalu yakin sebab mungkin ada yang tiada simptom… pergi buat ujian sebelum ia menjadi lebih teruk. Duduk di rumah. Ia (virus) ada di mana-mana sahaja. Ini bukan gurauan,” ujarnya.

Sumber: mStar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button