Hiburan

Tajul timang anak kedua, kepala terk3hel dit4rik isteri semasa bers4lin

PENYANYI Tajul Ariff memaklumkan isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada petang Khamis.

Tajul atau nama sebenar Tajul Ariff Noor Md. Shari berkata bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.

“Alhamdulillah, berkat doa korang semua… tak sampai satu jam bertarung nyawa dalam bilik bersalin, isteri saya selamat bersalin dengan normal.

“Baby boy, sepasang dah dapat! Walaupun kepala aku terkehel tadi sebab bini aku tarik semasa contraction dia sangat kuat. Nasib baik masih selamat,” katanya.

 

Perkongsian Tajul di Instagram.

Penyanyi lagu Sedalam-Dalam Rindu ini berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya.

Sementara itu, Tajul memberitahu dia akan mendedahkan nama anaknya itu tidak lama lagi.

Dalam hantaran yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital kerana memberi layanan yang baik sepanjang proses bersalin itu.

 

Tajul bersama isteri dan anak sulung mereka.

“Nama baby nanti Tajul akan umumkan. Terima kasih banyak kerana perkhidmatan terbaik diberi kepada kami dan doktor, jururawat dan staf banyak membantu.

“Terima kasih semua yang mendoakan… sayang korang!” katanya.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka dikurniakan anak sulung perempuan cahaya mata perempuan bernama Adriana Carisa yang kini berusia setahun.

Sumber: mStad

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button