Hiburan

Sempat N1kah Sebelum PKP 3.0, Rafidah Ibrahim Kongsi Raut Wajah Suami

Pelakon Rafidah Ibrahim memaklumkan sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan Shahzemir Shahzulkarib sebelum perlaksanaan PKP di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Majlis ringkas yang berlangsung pada 5 Mei (semalam) itu hanya dihadiri adik-beradik dan keluarganya sahaja.

“Alhamdulillah. Tanggal 5hb Mei, saya telah bergelar isteri kepada Shahzemir bin Shahzulkarib.

“Syukur ke hadrat ilahi, dalam kekalutan membuat persediaan yg sangat ringkas, semuanya tetap berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Hanya dihadiri adik beradik & keluarga terdekat sahaja.

“Maaf saudara mara, sahabat & semua, majlis dibuat sangat ringkas & mengikut S.O.P serta jumlah jemputan yang sangat terhad,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

 

Menerusi hantaran sama, Rafidah, 35, yang menyarung persalinan busana nikah kuning lembut turut berkongsi foto suaminya yang dirakamkan di sekitar kediaman mereka.

Tambah Rafidah, dia meminta doa orang ramai agar jodoh mereka berpanjangan.

“Semoga dengan kehadiran para tetamu dan doa daripada kalian mengundang rahmat & berkat pada hari mulia, bulan mulia serta ikatan mulia ini buat kita semua.

“Terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perlangsungan majlis akad nikah kami.

“Kami mohon maaf pada setiap kekurangan & kelemahan sepanjang majlis berlangsung,” tambahnya.

Rafidah sebelum ini pernah memaklumkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang ahli perniagaan dan merancang untuk berkahwin sebelum kedatangan Ramadan tahun ini.

Malah, mereka juga merupakan kenalan lama dan sudah mengenali satu sama lain sejak 10 tahun lalu.

 

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebarang penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi sama ada oleh kerajaan dan swasta tidak dibenarkan bagi semua kawasan yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis sosial seperti kenduri, majlis pertunangan dan perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat dan lain-lain majlis sosial juga tidak dibenarkan.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *