Hiburan

‘Saya Tak Kenal Pun Neelofa’ – Pekerja D4kwa Neelofa, PU Riz Beli Karpet RM10,000

Sebelum ini, pasangan Noor Neelofa dan Haris Ismail telah dipanggil pihak polis daerah Nilai untuk memberi keterangan susulan dakwaan rentas negeri semata-mata membeli karpet di sana. Susulan itu, pihak polis pergi ke sebuah premis di Pusat Perniagaan Nilai 3 untuk mendapatkan keterangan peniaga dan pekerja di sana pula dalam membantu siasatan.

Tak sangka dia selebriti

 

Memetik laporan Harian Metro, salah seorang pekerja yang melayani pasangan selebriti itu mengakui tidak mengenali Neelofa dan PU Riz. Dia hanya mengambil gambar dan melayani pasangan tersebut sama seperti pelanggannya yang lain sebelum ini.

Malah, pekerja di premis perniagaan berkenaan turut memberi kerjasama kepada pihak polis dalam memberi keterangan dakwaan pasangan selebriti itu ‘rentas negeri’ untuk membeli karpet.

Saya tak kenal pun Neelofa, memang biasanya saya ambil gambar pelanggan dan memuat naik di media sosial, perkara sama saya lakukan pada Neelofa dan suaminya, tak sangka dia selebriti terkenal.

Saya hanya tahu Neelofa selebriti terkenal selepas gambar mereka berbelanja di kedai ini tular di media sosial. Saya layan mereka macam pelanggan biasa dan merakam gambar selepas membeli permaidani di sini.

Polis tanya barang yang dibeli selebriti itu dan jumlahnya serta mengenai premis kami. Pihak polis ingin mendapatkan pengesahan bahawa Neelofa ada berkunjung ke premis kami untuk melengkapkan siasatan.

Harga karpet Neelofa

 

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan selebriti terkenal itu ke premis perniagaan tersebut untuk membeli karpet Iran yang berkualiti tinggi. Difahamkan, harga bagi kesemua karpet yang dibeli cecah sehingga RM10 ribu.

Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000. Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung.

Sumber: ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *