Hiburan

“Kita anak seni… mulut jangan cap0i!” – Nad Zainal tegur gadis TikTok kr1t1k Nabila Razali, busvk nama ‘budak teater’

PELAKON Nad Zainal mengakui dia berasa kesal dengan tindakan seorang gadis yang menggelarkan diri sebagai ‘budak teater’ mengkritik bakat penyanyi Nabila Razali baru-baru ini.

Menurut Nad yang merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara), tiada seorang pun guru teater yang akan memburukkan orang lain dalam kelas seperti yang didakwa individu tersebut.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin turut berkata dia melihat penampilan dan percakapan individu tersebut tidak melambangkan sebagai pelajar teater yang mencintai seni.

“Saya tak suka bila seseorang yang menggelarkan diri dia budak teater tapi buat perkara seperti itu. Saya dan rakan-rakan teater lain ada juga buat perbincangan mengenai isu ini.

 

Nad sebelum ini menegur sikap gadis yang mengkritik nyanyian Nabila Razali.

“Saya rasa kesal dengan tindakan dia sebab setahu saya, sepanjang tiga tahun belajar teater, tak ada pula cikgu-cikgu burukkan orang lain. Tak ada pula cikgu bercerita atau gosip dan nak kritik orang lain sampai macam itu sekali.

“Cara dia pun tak macam budak teater yang cintakan seni… dia pula dengan make up yang tebal macam itu. Dia telah memburukkan orang-orang yang cintakan teater.

“Setahu saya, budak teater semua baik dan tak cakap buruk fasal orang lain. Saya takut sebabkan dia, orang turut menyampah dengan kami yang ada latar belakang teater,” kata Nad kepada mStar.

Nad menyuarakan pendapatnya mengenai isu seorang wanita mengkritik nyanyian Nabila itu ditemui di Bazar Aidifitri Che Salmah di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Pelakon berbakat itu sebelum ini memuat naik status Instastory menasihatkan pelajar teater agar menjaga adab dan tidak memandang rendah bakat orang lain.

“Kita anak seni mulut jangan capoi (cakap lepas), jangan cepat bangga diri. Akak percaya budak teater Aswara baik. Jangan jahat mulut” tulisnya.

Minggu lalu, tindakan gadis itu memuat naik sebuah video TikTok membandingkan bakat nyanyian Nabila Razali dengan biduanita negara, Allahyarham Puan Sri Saloma tular dan mendapat reaksi penyanyi Peluang Kedua itu.

Setahu saya, budak teater semua baik dan tak cakap buruk fasal orang lain.

NAD ZAINAL

PELAKON

Menerusi rakaman tersebut, individu itu berkongsikan ‘syarahan’ pensyarahnya mengenai kemampuan Nabila mengambil masa setahun untuk belajar menyanyi berbanding Saloma yang hanya mengambil masa sehari.

Menyedari perkara itu, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 29, menerusi Instastory berkata, dia tidak mengetahui apa tujuan sebenar individu tersebut memuat naik video yang hanya menyebarkan kebencian.

Dalam pada itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini turut menjelaskan kehadirannya di Bazar Aidifitri Che Salmah baru-baru ini ketika masih dalam tempoh berpantang.

“Sepatutnya saya habis pantang pada hari raya nanti tapi ini komitmen yang kita dah janji sebelum ini… jadi, saya terpaksa keluar sekejap la. Tapi macam mana pun, saya tetap menjaga permakanan.

 

Nad masih dalam tempoh berpantang.

“Perasaan bimbang dengan keadaan sekarang memang ada tapi saya dah tahu di sini (WTC) ketat dengan SOP dan saya pun dah beritahu awal yang tak boleh berada lama-lama sebab ada anak.

“Tapi atas urusan kerja yang saya tak boleh nak melanggar penjanjian, saya terpaksa juga keluar sekejap bagi melunaskan tugas saya. Kalau duduk rumah pun risiko juga… kalau tak keluar, risiko dari segi pendapatan pula.

“Kadang-kadang hidup ini tak adil… jadi, kena berkorban salah satu benda. Seperti ibu bapa yang lain, saya juga akan bersihkan diri dahulu sebelum nak berjumpa anak,” ujarnya.

Nad melahirkan anak kedua yang diberi nama Budi Kalsom pada 31 Mac lalu.

Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan mempunyai seorang lagi anak bernama Fahad Ibrahim yang berusia lima tahun.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *