Buah Pingg4ng Bengk4k, Andi Bernadee Dimasukkan Ke H0spital

Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee dimasukkan ke hospital kerana buah pingg4ngnya bengk4k dan bakal menjalani pembed4han pada jam 1 tengahari ini.
Andi ketika dihubungi Gempak berkata, dia ke hospital pada Sabtu lalu kerana tidak dapat menahan sak1t.
“Sebenarnya sudah lama saya rasa sakit di sekitar perut hingga ke bahagian pinggang, tapi Sabtu lepas ketika berada di Aeon Shah Alam untuk acara bersama Fipper, tiba-tiba rasa sak1t sangat.
“Itu yang saya bersama pengurus, Nasir Deraman bergegas ke klinik berhampiran dan telah diberikan suntikan oleh doktor.
“Lepas tu dapatlah bertahan sikit sehinggalah selepas waktu berbuka rasa sak1t tu datang balik saya terus pergi hospital hospital dan doktor kata buah pingg4ng sudah bengk4k dan perlu menjalani pembed4han segera,” katanya.
Menurut Andi buah pinggangnya bengk4k kerana batu karang dan akan menjalani pembedahan pada jam 1 petang ini.
“Jam 6 pagi tadi doktor buat CT Scan dan pada pukul 1 petang ini pembed4han secara laser untuk membuang batu karang akan dilakukan.
“Inilah kali pertama saya dimasukkan ke hospital dan saya harap semua dapat mendoakan semuanya berjalan lancar,” katanya.
Sumber: Gempak