Hiburan

“Walaupun Lofa dah berpunya, abang tetap support Lofa”

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila selebriti popular Neelofa, suami, PU Riz dan 20 anggota keluarganya dikenakan kompuan sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Lebih menjadi perhatian apabila bekas pengacara MeleTOP itu mahu membantu untuk menyelesaikan bayaran kompaun yang dikenakan terhadap peniaga burger sebanyak RM50,000.

Tindakan Neelofa itu mendapat reaksi positif daripada netizen termasuk penyanyi Suhaimi Saad yang memberi sokongan penuh terhadap usahawan itu. Katanya lagi, meskipun Neelofa sudah berpunya namun dia akan sentiasa menyokongnya.

 

Bagaimanapun, itu bukan kali pertama Suhaimi memuat naik status menyatakan sokongan terhadap Neelofa. Malah, sebelum ini Suhaimi turut berseloroh meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui mengenai Neelofa dan PU Riz.

 

Sebelum ini, tular seorang peniaga burger Wan Mohd. Faisal Wan Kadir, yang berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri kerana berniaga lebih masa ditetapkan.

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *