Global

Ustaz Abdul Somad Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati, Fatimah Az Zahra Petang Tadi

Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) telah melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati, Fatimah Az Zahra Salim Barabud yang merupakan salah seorang pelajar penghafaz Al-Quran dengan mas kahwin emas 244 gram.

Berita itu telah dikongsikan melalui laman Facebook rasmi peminat UAS sebentar tadi.

Menurut News Detik, Fatimah merupakan salah seorang murid di Pondok Moden Darussalam Gontor Putri di Mantingan yang berusia 20 tahun.

 

Kongsi ibu saudara Fatimah, Lathifah Soleh Barabud, penceramah berkenaan telah bertemu waris gadis berkenaan pada Mac dan mendaftarkan diri untuk menikah pada awal April lalu.

Penceramah itu dilaporkan telah berpisah dengan isterinya pada 3 Disember 2019 yang lalu.

Sumber: Siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *