Viral

P4srah jual kambing bakar tak laku, lelaki cepat-cepat tutup gerai… kemudian terus pergi borong makanan peniaga senasib dengannya

SUDAH menjadi lumrah dalam kalangan peniaga, setiap hari ada untung ruginya.

Begitu juga situasi dihadapi peniaga kambing dan ayam bakar di Rantau Panjang, Klang, Selangor ini.

Menurut Mustaqim Hud, 22, gerai yang dibuka sejak lima bulan lalu seakan-akan sepi tanpa pelanggan pada petang Jumaat sehingga dia membuat keputusan untuk menutup operasi lebih awal berbanding kebiasaan.

Biarpun tidak mencatatkan banyak keuntungan, dia sempat membantu seorang peniaga lain yang senasib dengannya pada hari itu.

“Pada Jumaat perniagaan agak tak laris. Saya pelik, tak macam selalu. Jadi saya buat keputusan untuk tutup awal dalam 6.40 petang.

“Jadi saya berjalan-jalan ke bazar Ramadan berdekatan. Saya nampak seorang wanita masih menunggu pelanggan di gerainya. Saya tengok gerai-gerai sebelah dah mula mengemas untuk balik.

 

Mustaqim memborong makanan di gerai wanita itu sebelum disedekahkan kepada pelanggan sebuah restoran berhampiran.

“Saya tengok akak tu menunggu dengan anaknya. Mungkin dia pun tak ada jualan macam saya. Jadi saya borong semua bihun sup, mi sup dan bubur jagung yang ada. Dalam 17 bekas semuanya.

“Selepas itu, semua yang saya beli di gerainya saya sedekahkan kepada para pelanggan di sebuah restoran berdekatan untuk berbuka puasa,” ujarnya kepada mStar.

Saya memang jenis cepat kesian. Dengan sekarang semua harga barang naik.

MUSTAQIM

Mesra disapa Mustaqim, graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal itu mengakui lega dan bersyukur apabila dapat berkongsi rezeki dengan peniaga itu.

Jelasnya, berkecimpung dalam bidang sama membuatkan dia mengerti perasaan yang dialami tatkala sasaran jualan tak mencapai hasil memuaskan.

“Berniaga ni tak tentu. Ada hari untung, ada hari rugi. Saya faham perasaan akak tu. Yang tak seronok bila menunggu tapi tiada pelanggan.

 

Mustaqim merupakan graduan bidang Kejuruteraan Mekanikal.

“Tapi ia berbalik kepada rezeki. InsyaAllah kalau kita bagi kepada orang lain, lagi banyak kita akan dapat nanti.

“Saya bantu sebab kesian tengok akak tu dengan anaknya. Dia ada tanggungan. Jadi apa salahnya saya bantu.

“Saya memang jenis cepat kesian. Dengan sekarang semua harga barang naik. Saya tengok reaksi akak tu tersenyum lepas saya beli,” ujarnya.

 

Mustaqim membuka gerai sendiri sejak lima bulan lalu.

Kata Mustaqim, dia sebelum ini menuntut di Politeknik Shah Alam dan mengusahakan perniagaan kambing perap.

Dengan keuntungan yang diterima, dia kemudiannya membuka gerai untuk menjual kambing dan ayam bakar sejak lima bulan lalu.

“Dulu saya buat kambing perap je, Alhamdulillah, ada rezeki dan saya berjaya buka gerai sejak lima bulan lalu.

“Agak susah nak cari kerja ketika zaman pandemik C0v1d-19, jadi saya berniaga selepas tamat praktikal tempoh hari,” ujarnya lagi.

Kisah amal kebaikan yang dibuat oleh Mustaqim mendapat perhatian selepas seorang netizen berkongsi video miliknya menerusi direct message (DM) Instagram mStar pada Jumaat.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *