Global

Ustz Abdul Somad BakaI NlKAHI Fatimah Az Zahra, Gadis 19 Tahun

Jakarta: Pendkwah terkenal Indonesia, Ustz Abdul Somad (UAS) didkwa bakal berkhwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun dalam masa terdekat ini.

Calon isterinya dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud, seorang lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur, menurut Tribunnews.

Dilaporkan, pernikahan itu juga sudah mendapat kebenaran Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang.

 

“Ya, beliau (Ustaz Abdul Somad) sudah daftar di Pejabat Agama Peterongan sebelum puasa,” kata Ilham Rohim, semalam yang disiarkan Kompas TV.

Ditanya lebih lanjut mengenai majlis itu, Ilham bagaimanapun mengaku tidak mengetahui tarikh sebenar perkahwinan dan lokasi akad nikah yang bakal diadakan.

Sebelum ini tersebar gmbar UAS dan perempuan berhijab di media sosiaI.

Calon isteri terbaharu pendakwah itu menjadi tumpuan ramai berikutan masih muda dan jurang usia antara mereka cecah 25 tahun, dengan UAS bakal genap 44 tahun pada Mei ini.

Hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.

UAS pernah berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2008, namun bahtera perkahwinan itu kecund4ng pada tahun ke-11 dan pasangan berkenaan sah bercrai pada 3 Disember 2019.

Mereka dikurnia anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah, selain UAS pernah juga dikhabarkan bernikah dengan selebriti media sosiaI yang berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon.

Sumber: Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *