Global

Sed1h! Anak Kru Kapal Selam H4lang Kunci Ayah Dalam Bilik, Berker4s Lar4ng Ayah Pergi Bertugas

Beberapa hari lepas, ramai yang terkejvt dengan berita kapal selam milik Indonesia, KRI Nangg4la-402 yang hil4ng di perairan Bali. Sehingga kini, kerja-kerja pencarian dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan bantuan beberapa negara lain.

Namun, yang lebih mem1lukan, baru-baru ini juga, viral video seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada salah seorang kru kapal selam terbabit yang berker4s mengh4lang ayahnya pergi bertugas.

 

Menurut Kompas.com, kru tersebut yang dikenali sebagai Letnan Satu (Lettu) Imam Adi telah dikunci oleh anaknya, Azka dalam bilik sebab tak nak ayahnya pergi.

Video terbabit dipercayai telah dirakam oleh ibu kanak-kanak tersebut. Wanita itu kemudiannya bertanya kanak-kanak tu kenapa tak bagi ayah pergi kerja. Dia kemudian menjawab,

Enggak boleh,” katanya.

Video yang viral itu telah disahkan sendiri oleh ayah Imam Adi iaitu Edy Sujianto. Dia mengatakan video tu memang video anak lelakinya bersama cucunya.

 

Difahamkan, video tersebut telah dikongsikan oleh menantunya melalui WhatsApp dan dia telah merakam video tu pada Isnin lalu sebelum suaminya bertugas di kapal selam terbabit.

Ayahnya juga pelik tengok kelakuan kanak-kanak tu sebab selalunya cucunya akan baik-baik sahaja walaupun ditinggalkan ayahnya. Walau bagaimanapun, Edy enggan melibatkan kehilangan anaknya dengan tingkah laku luar biasa kanak-kanak itu.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar kesemua kru kapal ini segera ditemui dalam keadaan selamat.

 

Sumber: LM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button