Hiburan

“Kenapa jujur sangat ni” – Azal Ded4h Selebriti L4nggar SOP Di ‘Wedding’ Neelofa, Zarina Mohon Maaf

Untuk yang dah lama mengikuti pelakon Zarina Zainuddin, korang mesti tahu yang Zarina dan suaminya Dato Sri Dr Abu Raihan mempunyai empat orang anak dan dua daripanya merupakan kembar Azal dan Azil yang menghidap autisme.

Baru-baru ini, salah seorang dari anak Zarina, Azal yang mempunyai Instagram peribadi sendiri telah menjadi tumpuan netizen selepas dia mendedahkan beberapa selebriti yang didakwa gagal mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menghadiri majlis perkahwinan Neelofa sebelum ini.

“Azalll kenapa jujur sangat ni”

Menerusi Instagram, Azal telah memuat naik beberapa gambar yang diambil oleh selebriti di sekitar majlis perkahwinan Neelofa beserta kapsyen:

Ini adalah beberapa artis Malaysia yang menghadiri majlis perkahwinan Neelofa, termasuk Izara Aisyah, Adib Khalid, Scha Al-yahya, Awal Ashaari, Hannah Delisha dan suaminya yang tak pakai pelitup muka, tak lakukan penjarakan fizikal dan sosial serta melanggar SOP!”

Bukan sahaja Azal telah memuat naik gambar-gambar selebriti ini, anak istimewa ini juga turut dengan beraninya tag Instagram selebriti yang disebut ini satu per satu. Wahhhh

 

Sementara itu, dapat dilihat di ruangan komen, Zarina Zainuddin telah menegur perbuatan anaknya ini.

Aduhhh dia jadi polis pulakkk. Dah takde kerja lain ke menyibuk hal orang… Azal jadi reporter lah dapat gaji.”

Pun begitu, rata-rata netizen terhibur dengan posting yang dibuat oleh Azal ini serta memuji tindakan pemuda ini.

 

“Dia tak tahu nak cakap pusing-pusing”

Mengulas lanjut mengenai pendedahan anaknya, Zarina sebagai rakan artis memohon maaf kepada selebriti-selebriti yang disebut di dalam posting Azal tersebut, lapor Harian Metro.

Saya pun perlu menjaga hati orang dan sebagai manusia, saya juga ada melakukan kesalahan. Kadang-kadang, kita terlepas pandang.”

Tambah pelakon ini lagi, akaun Instagram milik anaknya itu dikendalikan sepenuhkan oleh Azal dan kata-kata yang dikeluarkan mengikut hatinya.

 

Azal memang anak yang jujur. Dia tak tahu nak cakap berpusing-pusing. Dia suka tengok berita dan tahu banyak perkara mengenai isu semasa. Dah macam wartawan pula.

“Saya kadang-kadang sibuk dengan urusan kerja dan tak sempat nak memantau. Jadi, kalau ada benda yang dirasakannya tak betul, dia akan cakap secara terus.”

Kata Zarina lagi, walaupun anaknya itu anak istimewa, Azal sentiasa menjaga SOP setiap kali keluar rumah malah dalam begnya ada banyak sanitiser dan pelitup muka dan kalau masuk ke pusat membeli belah, dari pintu masuk hingga ke semua kedia dia akan imbas kod MySejahtera dan suhu badan.

Wahhh dahsyatlah Azal!

Sumber: LM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *