Sweet Qismina p0sitif C0v1d-19 selepas tiga hari sukar bern4fas

PELAKON Sweet Qismina mengesahkan dirinya p0s1tif C0v1d-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) pada Selasa.
Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata dia mula berasa tidak sihat semasa menjalani penggambaran filem Tariandi di Kuala Kangsar, Perak sejak 16 April lalu.
Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Instagram, pihak pengurusan Warner Music Malaysia memaklumkan Sweet kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.
“Sweet berada di Kuala Kangsar untuk menjalani penggambaran berasa tidak sihat dan mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi masih belum pulih dan sukar bernafas.
Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh.
SWEET QISMINA
PELAKON
“Sweet membuat ujian calitan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya adalah p0sitif. Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan buat saringan PCR dan keputusan positif.
“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Sweet tiada sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau,” kata syarikat pengurusan Warner Music Malaysia.
Perkongsian Sweet di laman Instagram.
Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.
“Sweet ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga Sweet dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh.
“Doakan semoga Sweet cepat sembuh daripada C0v1d-19 ini,” ujarnya.
Sumber: mStar