Hiburan

“Cuba tanya dia, kita tak tahu” – Sharifah Sakinah Didakwa Sudah ‘Meninggalkan’ Malaysia, Kakak Jawab Tak Tahu

Pernah meluahkan hasrat untuk berhijrah ke luar negara, posting Instagram Sharifah Sakinah baru-baru ini menimbulkan tanda tanya netizen sama ada pelakon tersebut sudah benar-benar ‘meninggalkan’ Malaysia ataupun tidak.

Menerusi video itu, Sakinah bersama tunangnya, Michael Hansen yang juga seorang warganegara Sweden dilihat melakukan aktiviti senaman berlatar belakangkan suasana di luar negara.

 

“You left us already?” 

Posting tersebut mengundang pelbagai komen netizen yang rata-rata mendakwa pelakon kontroversi itu sudahpun meninggalkan Malaysia dan tak kurang juga yang mengatakan Sakinah sudah bernikah dengan Michael secara senyap-senyap tanpa pengetahuan netizen.

 

Sungguhpun begitu, ketika ditanya media Kosmo, Sakinah enggan memberikan sebarang komen mengenai hal tersebut dan hanya menjawab,

Hehehe. Tak kot,” tulisnya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kita di Kuala Lumpur jaga anak-anak, tak sempat nak jaga Sakinah” 

Dalam pada itu, kakak kepada Sakinah, Sharifah Shahira ketika ditanya untuk memberi penjelasan berkata, dia sendiri pun tidak tahu di mana keberadaan adiknya sekarang.

Cuba tanya dia sendiri. Dia di sana (luar negara) kita tak tahu. Kita di Kuala Lumpur jaga anak-anak dan tak sempat nak jaga Sakinah,” katanya.

 

Malah Shahira juga dalam nada berseloroh meminta wartawan memberitahu di mana keberadaan adiknya sekarang. Tambahnya lagi, jika benar Sakinah kini berada di luar negara, dia yakin adiknya itu sudah dewasa dan pandai menjaga dirinya sendiri.

“Susah sangat artis antarabangsa. Tolong tanyakan dia kat mana. Kami tengok dekat IG sahaja. 

“Dia sudah besar, saya nak rotan ke? Dia pandai jaga diri. Takkan nak ikat dia kat pokok. Ramai budak pergi Jepun umur 16 tahun sebab pertukaran pelajar. Anggaplah dia pelajar,” katanya lagi.

 

Terdahulu Sakinah pernah berkongsi mengenai masalah penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu dan kini sedang menjalani rawatan khusus.

Dia juga memberi alasan untuk berhijrah ke luar negara bersama bakal suami untuk menjalani rawatan penyakitnya di sana.

Kita doa baik-baik je lah ye. Harap Sakinah lebih tenang di sana. 

Sumber: LM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *