Hiburan

Tujuh tahun menanti, Idayu akhirnya timang cahaya mata… terp4ksa dibed4h selepas bayi ters4ngkut di tali pusat

SELEPAS Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi berita menyambut kelahiran anak kedua, penyanyi Idayu juga memaklumkan dirinya selamat bersalin cahaya mata pertama pada Jumaat lalu.

Lebih mengharukan, kelahiran cahaya mata lelaki itu menamatkan penantiannya selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, berkata, dia melahirkan bayi itu secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Ampang.

Penyanyi berusia 35 tahun ini melahirkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata pertamanya yang diberi nama Aryan Rifai.

Penantian hampir tujuh tahun… dapat juga buah hati.

IDAYU

PENYANYI

“Ikutkan, saya sepatutnya bersalin secara normal sebab bukaan pun dah 7 cm. Tapi keadaan baby semakin lemah sebab kepala dia tersangkut di tali pusat menyebabkan dia kurang oksigen.

“Itu yang terpaksa saya lalui pembedahan. Nak timbang berat bayi selepas keluar pun tak dapat sebab dia dalam keadaan yang tidak stabil. Sekarang pun, baby dalam ICU lagi tapi Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik.

“Bagi saya, walaupun dapat rasa sakit nak bersalin normal dan dibedah, tapi ia satu pengalaman yang sangat indah untuk saya ingat sampai bila-bila. Penantian hampir tujuh tahun… dapat juga buah hati,” katanya ketika dihubungi mStar.

 

Idayu kongsi berita gembira di Instagram.

Juara program realiti AF Megastar 2017 ini turut memuat naik berita gembira tersebut dengan nama bayinya di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Ruang komen dipenuhi dengan ucapan daripada netizen dan rakan selebriti yang turut mendoakan keadaan segala urusan Idayu dipermudahkan.

Dalam pada itu, Idayu memberitahu dia akan berkongsi wajah putera sulungnya apabila sudah bersedia dan pada masa yang bersesuaian.

Idayu mendirikan rumah tangga dengan Shahrul Fadzil pada Mei 2014.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *