Hiburan
Tahniah! Aafiyah dah jadi kakak, Siti Nurhaliza selamat bersalin anak lelaki pada 7 Ramadan

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi, Isnin.
Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Menurut suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, proses kelahiran anak kedua mereka itu berjalan lancar dan dipermudahkan.
Dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.
“Terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF and Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan, ” katanya.
Sumber: mStar